Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, agak sukar untuk mencari makanan yang dijual murah, terutamanya di Kuala Lumpur. Namun satu restoran mengumumkan ia menjual Chicken Chop pada harga yang tersangat murah, iaitu RM 3.90 sepinggan.
Namun begitu, pasti ramai menganggap dengan harga sebegitu, bahagian Chicken Chop itu kecil saja. Bagaimanapun, pemilik restoran mencadangkan agar orang ramai datang dulu untuk mencuba Chicken Chop itu, kerana ia bukan bahagian ayam yang kecil.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jom bersama-sama kami menyelusuri keindahan seni dan budaya orang asli dan pribumi dari Malaysia dan negara-negara…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 13 October 2015
Kini saiz hidangan itu bukan lagi menjadi isu, kerana nampaknya Chicken Chop tersebut mendapat sambutan hangat warga KL sehinggakan pemilik restoran kehabisan bahan mentah untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Boleh dikatakan ini satu strategi pemasaran yang baik. Kalau anda berminat nak cuba Chicken Chop murah ini, bolehlah datang ke H.S Wheat & Grill di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur.