Chichi & Chacha Temui Adik-Adik Bermula 11 Oktober Ini

Hiburan

Chichi & Chacha Temui Adik-Adik Bermula 11 Oktober Ini

Abang Nara akui yang rancangan televisyen kita kekurangan rancangan tempatan yang boleh mengajar dan membentuk minda kanak-kanak. Kebanyakannya rancangan seperti Hi 5 diimport daripada negara luar dan tiada sentuhan tempatan. Disebabkan itu Abang Nara teruja apabila mengetahui kehadiran sebuah rancangan berbentuk pendidikan iaitu Chichi & Chacha yang akan menemui adik-adik kita mulai 11 Oktober (Sabtu) ini.
chichi dan chachaAkan ditayangkan di Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135), rancangan Chichi & Chacha yang akan disiarkan dalam Bahasa Melayu ini menggunakan konsep “Edutainment” – Education + Entertaiment untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain. Rancangan ini telah diusahakan oleh Big Fish Media selama 2 tahun untuk memastikan isi kandungannya adalah sarat dengan pendidikan dan hiburan. Chichi & Chacha akan ditayangkan sebanyak 13 episod untuk musim pertama ini dan perancangan untuk musim kedua sudah pun dimulakan oleh Big Fish Media.

chichi dan chacha

Advertisement

Dihoskan oleh 5 bintang kanak-kanak Astro iaitu Sweet, Harris, Leen, Afeiq dan Farisha, Chichi & Chacha yang menggunakan animasi 3D turut sama menyelitkan kisah dongeng dengan menampilkan karekter utama iaitu Chichi (harimau jantan), Chicha (harimau betina), Atan (orang utan) dan Hujan (budak hutan). Abang Nara paling suka dengan aktiviti menari dan menyanyi yang ditampilkan dalam program ini. Mesti anak Abang Nara akan turut sama meniru gerak-geri mereka.

chichi dan chacha
Jom tengok video pengenalan mereka:-


Ini ada sedikit pesanan daripada Jojo Struys, Pengurus Eksekutif Big Fish Media untuk anda semua.

Jadi pastikan anda tak lupa untuk ingatkan anak-anak anda menonton Chichi & Chacha bermula 11 Oktober (Sabtu) ini jam 10.30 pagi di Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135). Lagi gambar sekitar majlis perasmian program ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

chichi dan chacha

chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...