Abang Nara akui yang rancangan televisyen kita kekurangan rancangan tempatan yang boleh mengajar dan membentuk minda kanak-kanak. Kebanyakannya rancangan seperti Hi 5 diimport daripada negara luar dan tiada sentuhan tempatan. Disebabkan itu Abang Nara teruja apabila mengetahui kehadiran sebuah rancangan berbentuk pendidikan iaitu Chichi & Chacha yang akan menemui adik-adik kita mulai 11 Oktober (Sabtu) ini.
Akan ditayangkan di Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135), rancangan Chichi & Chacha yang akan disiarkan dalam Bahasa Melayu ini menggunakan konsep “Edutainment” – Education + Entertaiment untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain. Rancangan ini telah diusahakan oleh Big Fish Media selama 2 tahun untuk memastikan isi kandungannya adalah sarat dengan pendidikan dan hiburan. Chichi & Chacha akan ditayangkan sebanyak 13 episod untuk musim pertama ini dan perancangan untuk musim kedua sudah pun dimulakan oleh Big Fish Media.
Dihoskan oleh 5 bintang kanak-kanak Astro iaitu Sweet, Harris, Leen, Afeiq dan Farisha, Chichi & Chacha yang menggunakan animasi 3D turut sama menyelitkan kisah dongeng dengan menampilkan karekter utama iaitu Chichi (harimau jantan), Chicha (harimau betina), Atan (orang utan) dan Hujan (budak hutan). Abang Nara paling suka dengan aktiviti menari dan menyanyi yang ditampilkan dalam program ini. Mesti anak Abang Nara akan turut sama meniru gerak-geri mereka.
Jom tengok video pengenalan mereka:-
Ini ada sedikit pesanan daripada Jojo Struys, Pengurus Eksekutif Big Fish Media untuk anda semua.
Jadi pastikan anda tak lupa untuk ingatkan anak-anak anda menonton Chichi & Chacha bermula 11 Oktober (Sabtu) ini jam 10.30 pagi di Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135). Lagi gambar sekitar majlis perasmian program ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.