Chef Zam Kesal Nama Dan Imejnya Digunakan Untuk Promosi Produk Tanpa Persetujuan

Hiburan

Chef Zam Kesal Nama Dan Imejnya Digunakan Untuk Promosi Produk Tanpa Persetujuan

Chef selebriti yang dikenali ramai, Chef Zam, memberitahu melalui Instagram miliknya bahawa sebuah syarikat iaitu Asia Green Produce telah menggunakan imej dan namanya untuk mempromosikan produk makanan Awang Brand secara tidak sah di sisi undang-undang.


 photo 11821165_1459035857754058_1812334090_n.jpg
 photo 11248181_1196826657010166_133751189_n.jpg

Advertisement

 

PERINGATAN KEPADA SEMUA: By @chef_zam “PEMBERITAHUAN: Di sini saya ingin tegaskan bahawa produk di atas BUKAN produk keluaran syarikat saya sendiri. Nama serta imej saya digunakan tanpa apa-apa perjanjian bertulis yang sah disisi undang-undang. Pihak pengeluar iaitu Asia Green Produce telah diberikan arahan bertulis & peringatan berkali-kali supaya menghentikan penggunaan nama serta imej saya dengan segera namun masih berdegil dan terus mengeksploitasi nama saya untuk melariskan produk mereka tanpa memberikan apa-apa bayaran sehingga kini. Saya TIADA KENA MENGENA dengan syarikat tersebut dan sedang dalam proses mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang. Ini adalah satu pembohongan terhadap saya dan para pembeli. SILA AMBIL PERHATIAN!!” via @PhotoRepost_app

A photo posted by Prof. Chef Zam (@chef_zam) on

Melalui pengumuman itu Chef Zam juga memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut. Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat itu pes kisar bawang kecil, cili padi hijau, cili segar, bawang besar, halia, cili kering, bawang putih, kunyit, bawang Holland, serai dan Galangal.

Tinjauan kami mendapati Chef Zam bagaimanapun pernah membuat demontrasi masakan menggunakan pes Awang Brand di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, sekiranya tiada perjanjian yang dipersetujui, syarikat sememangnya tidak boleh menggunakan imej dan nama Chef Zam untuk mempromosikan produknya.

Macam-macam cara orang sekarang berniaga. Apa pun pastikan kita menyokong syarikat yang menjalankan perniagaan secara beretika sahaja, ya tak? Mungkin syarikat Asia Green Produce patut menghubungi Chef Zam untuk melantik beliau sebagai duta dengan cara yang betul.

Let’s wear masks and bring your own ram-themed puppets, masks, banners, or musical instrument and join the…

Posted by Malaysia International Mask Festival on Saturday, 1 August 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...