Chef Wan Tidak Tutup Fanpage Facebooknya, Yay!

Chef Wan Tidak Tutup Fanpage Facebooknya, Yay!

Beberapa hari lepas, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengatakan dia akan menutup fanpage Facebooknya kerana banyak kontroversi yang timbul, terutamanya berkenaan Maharaja Lawak Mega, di mana Chef Wan ialah salah seorang juri tetapnya. Namun beberapa jam lepas, Chef Wan menulis status yang dia tidak jadi untuk menutup fanpage kerana sokongan peminat-peminat:

Advertisement

Antara kontroversi yang timbul sebelum ini ialah kritikan Chef Wan terhadap majlis resepsi Norman-Memey-Rafflesia, ‘perang status’ yang diisytiharkan oleh Adlin Aman Ramli dan yang terbaru kritikan balas Afdlin Shauki yang tidak berpuas hati dengan kritikan Chef Wan.

Apa pun, kita semua ingat saja yang Chef ialah seorang yang banyak berjasa memperkenalkan nama Malaysia ke luar negara, dan mempunyai pengalaman luas dan pengalaman sosial dengan segenap lapisan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa. Masih banyak pengalaman dan pandangannya yang boleh dikongsi dan boleh dijadikan pedoman.

Semoga Chef Wan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakyat Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...