November 1st, 2017

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail ataupun mesra dengan panggilan, Chef Wan menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang beliau membenci  Datuk Seri Vida,  meskipun sering memuat naik status “menghentam”  jutawan kosmetik tersebut di akaun Instagramnya.

Jujurnya, sama seperti orang lain, saya juga terhibur dengan telatahnya apabila dia muncul di kaca televisyen. Walaupun dikecam dan dikeji, Dr. Vida buat tak tahu, pekakkan telinga.?Karakternya berjaya menarik perhatian sesiapa. Ada yang suka, tetapi ada juga yang sebaliknya. Itu lumrah kerana tidak semua yang kita buat akan disukai ramai.

Setiap kritikan Chef Wan bukanlah untuk menjatuhkan air muka Vida tetapi lebih kepada nasihat agar wanita itu tidak terlalu mempamerkan kemewahannya di media sosial  kerana ia mampu mengundang perkara yang tidak diingini.

Tindakan Dr. Vida yang suka memaparkan kemewahannya di media sosial bukan sahaja boleh disalah tafsir, bahkan akan mengundang padah dan berbahaya sehingga mampu mengancam nyawa. Sebab itu saya menegurnya agar jangan berbuat sedemikian. Bersederhana lebih baik. Saling menasihati itu tandanya sayang, bukan benci.

View this post on Instagram

Alamak i kena tembak lagi la… Hee hee baik apa pun i take what happened last night as gurauan senda DS Vida. Masa Hari Ulangtahun Majalah Wanita 40 tahun pun saya dah explain to her why and also appologised to her if she terasa hati but at the same time i stand by my word and principal. Let past be on the past and that kita sama2 belajar dari kesilapan masing2 baik saya mau pun DS Vida. I still like her gila2 personality and for just wanting to be herself pun. Bila i was offered last night to be one of the jury depa tanya saya tak pe ke? Takut Chef tak selesa ke as DS taja show itu. I said…" La saya tak ada anything against her..no hasad dengki..berdendam etc in my heart pun or neither saya rasa guilty to say what i just said pun" Lets not dwell the thing of the past as we cant reverse them back pun. As manusia kita jangan simpan kemarahan mau pun berdendam berpanjangan malahan bermaafan..forgive and forget and look forward to the future. Deep inside my heart last night i dont think DS berdendam atau pun nak melepaskan geram dia. I am hopping tidak la. Sebab meeting her twice i still find her to be such a nice lady too except her personality is very strong, powerful and very determine. Dia nak …dia nak jugak! Adoi mcm ni kena start sebulan telan 5 botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang. Jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS! Pls do forgive her for her action last night. I didnt thing she was attacking me on purpose if its true pun saya sudah memaafkan dia. I just want a happy and honest life. Minus all this drama minggu ini. Its so important untuk menjauhi sifat2 yg dendam atau pun marah yg berpanjangan. Remember i am Mr Sunshine. I need to smile and put everything in the past but look forward to a better future by being a more understanding, compassionate and forgiving to others. Life is so beautiful. Enjoy it while u can by being happy selalu. Insyallah Allah will show all of us that light at the end of the tunnel. Sedikit lebih kurang sudah. Tak ada yg kita rugi pun memaaf kan orang lain.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Sebagai selebriti yang sudah mempunyai pelbagai pengalaman, nasihat Chef Wan itu ada betulnya. Lebih baik untuk bersederhana dalam apa perkara sekali pun agar tidak mengundang fitnah ataupun cakap-cakap yang kurang elok.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...