Chef Wan Tahu Penceraian Ini Bukan Berpunca Daripada Saya – Ana Dahlia

Hiburan

Chef Wan Tahu Penceraian Ini Bukan Berpunca Daripada Saya – Ana Dahlia

Kontroversi sungguh statement yang dikeluarkan oleh Ana Dahlia di portal Murai ini. Pasti pelbagai telahan yang akan dikeluarkan oleh mereka yang membacanya. Kenyataan ini dikeluarkan kerana Ana Dahlia menerima terlalu banyak tuduhan dan cemuhan selepas bercerai dengan Chef Riz.

ana dahlia

Advertisement

Menurut Ana, Chef Wan, bekas bapa mertuanya tahu yang punca penceraian sebenar bukanlah datang daripada dirinya. Kata Ana:-

Saya tahu sampai saat ini pun orang masih lagi mengata macam-macam tentang saya dan menganggap punca perceraian ini adalah disebabkan oleh saya. Biarlah apa yang mereka hendak kata. Yang penting saya tahu, keluarga tahu dan keluarga Riz khususnya Chef Wan tahu bahawa masalah yang membawa kepada perceraian ini bukan berpunca daripada saya.

ana cerai

Tambah Ana Dahlia lagi, masalah ini telah pun bermula sejak mereka berdua berkawan lagi. Nampak gayanya, walaupun selepas bergelar suami isteri, masalah tersebut tetap ada dan menjadi semakin besar sehingga menyebabkan penceraian.

Saya juga tidak mahu berkata lebih-lebih kerana macam yang sudah banyak kali saya katakan sebelum ini, ianya ada kaitannya dengan aib orang. Sebenarnya masalah ini mula timbul sejak kami berkawan lagi. Tapi, saya adalah jenis orang yang suka beri peluang pada orang lain untuk berubah. Sebab saya percaya, kalau kita buat macam itu pada orang, orang pun akan buat juga macam itu pada kita. Tapi, ianya tetap berterusan dan setelah berusaha saya kira Allah SWT juga mengatakan bahawa sampai di sini sajalah pengakhirnya, maka sampai di sini sajalah.

Abang Nara berharap inilah kenyataan terakhir daripada Ana Dahlia mengenai penceraiannya. Takut kalau cakap lagi, makin banyak kontroversi yang akan timbul. Ambillah ini sebagai pengajaran dalam mencari suami seterusnya. Jangan semborongan sahaja.

P.S: Kad kredit dengan fungsi touch screen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. AKU

    November 12, 2012 at 11:56 am

    lorr..biaq p la dia nak nikah cerai puluh2 kali pun..at least dia mmg kawin walaupun cerai..bukannya puluh-puluh kali dia keluar dgn jantan lain-lain tanpa nikah…mentaliti orang kita..perkara yang bole dalam islam di maki hamun..yang tak bole dalam islam..itu yang di sanjung..mentaliti melayu yang tak ada atau tak belajar ilmu islam macam tu lah..dok sibuk dgn mentaliti adat dan malu tak bertempat…masalah depa ..cuma depa dgn ALLAH yang tau…tak payah tuduh org yg cerai 3x tu mmg salah..n tak payah tuduh lelaki lembut tu gay…hampa apa pun tak tau..depa dengan ALLAH ja tau..so baca sudah..amik iktibar…

  2. hari hujan

    November 11, 2012 at 10:12 pm

    tertarik dgn kata2 BN ni “Ambillah ini sebagai pengajaran dalam mencari suami seterusnya. Jangan semborongan sahaja”… kalau dah 3 kali menjanda lbh2 lagi dlm usia muda ni, mmg lah org akan pandang serong kat si gadis tu. tp hal sebenarnya, hny Tuhan dan mereka yg terlibat je tau.

    • huhu

      November 12, 2012 at 4:40 pm

      baru 2 kali cerai la

  3. Anonymous

    November 11, 2012 at 9:38 pm

    cukup2 la ana bagi kenyataan, kalau betul pun Riz tu salah, awk dah 3x kahwin cerai, buruk ada kat awak jugak!

    • Anonymous

      November 12, 2012 at 12:29 pm

      jodoh pertemuan, ajal maut ditangan tuhan.
      jangan mudah menghina orang.
      nasib kite x tahu lagi.
      amareka mu nih!

  4. awekBekasGay

    November 11, 2012 at 8:43 pm

    alamak.. tiber2 aku jadi takut… ya allah.. jauhkan aku daripada kejadian seperti ini.. nauzubillah hi minzalikh… korang, doakan majlis pertunangan kami dan perkahwinan kami dipermudahkan dan bahagia serta jauhkanlah aku drpd nasib sebegini..

    dan semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi cobaan hidup, membimbing diri sendiri dan menyokongnya untuk sama2 hidup bahagia… amin.

  5. yong

    November 11, 2012 at 8:03 pm

    entah ape.

Loading...