Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas PM Najib Razak

Hiburan

Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas PM Najib Razak

Hadir untuk berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan, Ahad lalu. Chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan didakwa telah mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Advertisement

Terbaru, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu mengeluarkan kenyataan dalam kedaaan marah.

Bagaimanapun, Chef Wan berpendapat ahli politik seharusnya dapat menerima kritikan secara terbuka.

Terdahulu, Chef Wan difahamkan mengeluarkan kenyataan itu kerana tidak berpuas hati dengan langkah Felda semasa pentadbiran kerajaan terdahulu yang memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya sebagai rasuah. Namun, kata-kata Chef Wan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak sehingga Facebook Go Shop di mana beliau menjadi duta rancangan tersebut diserang dengan pelbagai komen dari netizen.

Sumber Berita  : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...