Chef Wan Lantang Kritik Nilai Rampasan Najib Razak Lebih RM110 Juta

Hiburan

Chef Wan Lantang Kritik Nilai Rampasan Najib Razak Lebih RM110 Juta

Proses pengiraan wang tunai didalam beg milik Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas polis dari unit kondominium Pavillion Residences minggu lalu sudah selesai dikira dan jumlah keseluruhannya bernilai lebih RM110 juta.

Advertisement

Berbicara mengenai segala skandal politik dan penyelewengan wang  yang berlaku dalam 1MDB, tidak ramai selebriti yang berani bersuara  mengenainya secara terang-terangan. Namun Chef Wan menerusi akaun Instagramnya nampak tidak takut untuk meluahkan rasa geram serta pendapat tentang segala salah laku pemimpin sebelum ini sehingga menyebabkan negara Malaysia ditimpa pelbagai masalah.

Seram membaca nilai rampasan yang telah dibuat, Chef Wan kritik kemewahan yang dimiliki oleh Najib Razak dan isterinya memang tidak masuk akal berbanding pemimpin terdahulu. Pada masa yang sama, beliau memuji sifat rendah diri dan bersederhana  isteri  Perdana Menteri Malaysia, Tun Siti Hasmah.

Ramai yang bersetuju dengan pendapat Chef Wan dan menyatakan sebagai rakyat Malaysia kita tidak boleh duduk diam dan melihat segala usaha serta titik peluh “dirompak” begitu sahaja. Apa pula kata anda?

Sumber Berita : Instagram Chef Wan & Freemalaysiatoday

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...