Chef terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah mendapat mendapat perhatian umum apabila memuat naik sekeping foto ketika zaman mudanya di Instagram.
Foto tersebut yang diambil ketika berada di Pantai Cherating, Pahang sewaktu beliau baru berusia 25 tahun dan masing bujang  telah mengundang beberapa komen negatif dan tidak puas hati oleh beberapa pihak kerana ia memperlihatkan tubuh badan beliau kepada khalayak. Ia juga dianggap tidak manis mempertontonkan sesuatu seperti itu di bulan Ramadhan.
Walaubagaimanapun, Chef Wan menerusi ruangan kapsyen gambar berkenaan telah menjelaskan ia adalah perkara biasa apabila bercuti di pantai. Namun, jika berpakaian sebegini hari ini, pasti menjadi bahan kutukan lebih-lebih lagi melibatkan golongan selebriti.
Sebagai seorang yang sudah senior dalam industri sepatutnya Chef Wan lebih berhati-hati ketika memuat naik sesuatu dan tidak jadi seperti pelakon-pelakon muda lain yang berkongsi gambar tidak sepatutnya kepada khalyak ramai. Bukan semua gambar yang anda kongsi boleh diterima baik oleh semua pihak.