Chef Wan Dedah Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan Ketika Usia 23 Tahun

Hiburan

Chef Wan Dedah Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan Ketika Usia 23 Tahun

Mendedahkan dirinya banyak menghabiskan zaman mudanya dengan melakukan pelbagai kerja pada satu masa, Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan akui beliau pernah meraih pendapatan sehingga mencecah RM30,000 sebulan.

Chef Wan Dedah Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan Ketika Usia 23 Tahun,

Advertisement

Katanya, sebelum bergelar seorang cef lagi, bermacam-macam kerja dilakukannya termasuklah menjual alat solek.

“Saya pula sambung kerja, naik motosikal jual macam-macam barang, tupperware, alat soleklah. Masa itu umur saya baru 23 tahun. Buat jual-jual tu semua dapatlah saya sampai RM30,000 sebulan.”

Bahkan, menurut Chef Wan, berkat usaha kerja kerasnya melakukan itu jugalah, dia berjaya membeli rumahnya pada usia cukup muda.

Chef Wan Dedah Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan Ketika Usia 23 Tahun,

“Saya melakukan pelbagai kerja. Saya pernah pergi rumah orang cuci, kerja di pasar raya, jadi tukang kebun. Saya dulu memang ‘struggle’ perlu melakukan banyak kerja.

Kata Chef Wan, meskipun terpaksa berkorban masa mudanya dengan melakukan banyak kerja namun segalanya dilakukan demi rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Chef Wan Dedah Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan Ketika Usia 23 Tahun,

“Balik rumah, jaga adik, masak, buat kuih, jual kuih. Balik, siap beri (duit) pada mak. Budak-budak lain, balik rumah sambung main bola. Pada masa sama, saya boleh jadi pelajar terbaik lagi.”

Justeru, tiada alasan untuk seseorang untuk mengubah nasib hidup. Hal ini demikian kerana, semua itu boleh diperoleh dengan semangat dan usaha yang ada pada diri masing-masing sahaja. Malah tidak ketinggalan menyeru orang ramai supaya ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Chef Wan Dedah Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan Ketika Usia 23 Tahun,

“Bila tak ada duit, pergilah kerja. Cuma orang sekarang selalu mengeluh. Kalau tak berusaha, susahlah. Apabila sudah dapat rezeki, bantu orang sekeliling, agar rezeki itu berpanjangan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...