Chef Wan Dedah Pakaian Harian Ibunya Direka Khas Oleh Designer Terkenal

Hiburan

Chef Wan Dedah Pakaian Harian Ibunya Direka Khas Oleh Designer Terkenal

Cef Selebriti terkenal tanah air, Chef Wan tampil mendedahkan dirinya menggunakan khidmat pereka fesyen untuk menempah pakaian harian buat ibunya Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Cik Ani.

Advertisement

Menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, Chef Wan dilihat memuat naik foto baju Kedah yang dihasilkan oleh pereka fesyen, Calvin Thoo.

Katanya, hasil jahitan tersebut sangat memuaskan sehingga ibunya mengakui ia amat selesa dipakai.

“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo. Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya.”

Ujarnya lagi, baju-baju yang ditempah itu akan dipadankan dengan 15 kain batik yang baharu dibelinya.

“Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini. Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah.”

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan pengikutnya seakan memuji tindakan Chef Wan yang sanggup melakukan apa sahaja dan memberikan yang terbaik buat ibunya.

Bahkan, mereka juga dilihat tidak putus menzahirkan rasa terharu dan gembira dengan pengorbanan yang dilakukan Chef Wan sepanjang menjaga ibunya yang kini telah mencecah usia 89 tahun.

Untuk rekod, Chef Wan yang sering mengabadikan memori bersama ibunya di media sosial sebelum ini memaklumkan kepada umum bahawa ibunya disahkan menghidap kanser payudara.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...