Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Chef Wan Dah Tak Mahu Bazir Duit Untuk Perkahwinan Serina, “Pihak Lelaki Yang Gatal Nak Kahwin Biarlah Dia Tanggung!”

chef wan serina

Cef selebriti terkenal negara, Cef Wan menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah meluahkan sedikit luahan perasaan mengenai keeengganannya ‘menaja’ perkahwinan kali kedua anak perempuannya Serina Redzuawan.

Chef WanSumber : Instagram Chef Wan  

Seperti kebiasaannya, Cef Wan kembali menulis panjang lebar mengenai kekesalannya apabila telah menaja seratus peratus kos perkahwinan Serina bersama bekas suaminya yang terdahulu.

Advertisement

Mengambil pengalaman lalu sebagai contoh, Cef Wan berkata dia enggan lagi mengadakan majlis perkahwinan anaknya itu di rumah kerana tidak mahu berasa penat dan membazir. Malah, tukang masak selebriti ini turut beranggapan bahawa pihak lelaki sepatutnya menanggung segala kos majlis yang bakal diadakan kelak.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Dia (pihak lelaki) yang gatal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya. Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali. Pada akhirnya, kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah.”

Dia dalam pada itu turut menggunakan wabak pandemik COVID-19 yang masih menular sebagai alasan untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan secara gilang-gemilang.

Cef Wan juga sempat menasihatkan Serina agar tidak membazir dan menggunakan belanja yang diberikan untuk menghulur sedekah kepada anak-anak yatim sebagai amalan untuk akhirat kelak.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!”

Terdahulu, Cef Wan menerusi sebuah laporan media memberitahu bahawa Serina yang juga pelakon kini sudah mempunyai pengganti dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Mengakui dirinya agak trauma dengan kes melibatkan bekas suami Serina, Gavin Edward Oluanaigh dengan anaknya itu, Cef Wan berasa ralat untuk membenarkan pelakon wanita itu bernikah lagi namun kerana berasa serik dengan pengalaman lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Zioe

    April 5, 2021 at 3:34 pm

    Sy pernah ikuti berita perkahwinan pertama serina dlu….kalau x silap sy…serina x mahu majlis besar2 masa tu…cuma nikah dan majlis sederhana…but…chef wan…selaku bapa…ye la..fhm kan..anak nk kawin.. masa tu chef wan kata pada serina…mesti buat majlis besar..siap majlis berinai kecil..dan majlis berinai besar..dlm hal ni…x boleh mk salahkan serina..dan xkn kita nk salahkan chef wan pula…as a food ambassador… chef wan mesti buat majlis anaknya ketika itu mengikut tahap chef wan…mean.. chef wan mesti jemput rakan2 chef dr luar negara…vvip…dan sebagainya..
    pada 2nd marriage serina kali ni….pun jgn salahkan sesiapa….as a father.. chef wan….kita semua kenal peribadi beliau….dia akan ckp apa y terbuku dlm hati seorg bapa…dan serina pula kita x dgr apa2 pun lg demand dia pada ayahnya utk y kedua ni….this is…kita jgn masuk cmpur la…kita doakan terbaik utk chef wan…utk serina juga….utk kita jua…

  2. Kak Tina

    April 5, 2021 at 3:25 pm

    Kata2 Chef Wan ni bunyinya agk kasar tpi sebenarnya dia sayang sgt ank, cucu & keluarganya. Semuga Serina kali ini bertemu jodoh yg tepat, berbahagia & berkekalan hingga ke Jannah. InsyaAllah, Aamiin2 YRA

  3. tecit

    April 5, 2021 at 11:13 am

    dah tua2 kawen pon kali kedua, nk havoc lavish2 tanggung sendiri laa. klu x ikot kemampuan masing2 bukan kemampuan bapakk. bapak tu xnk bg bukan ape. nak mengajor independent. nk mengajor urus duit sendiri. nak mengajor jangan membazir2 duit org. duit sendiri nk bazir boleh. pastu yg merenyam sgt xleh nk kenal2 dulu dah kenape. bpk dah bagi lesen soh becinta dulu tu yg sibuk nk nikah xpasai2 kenape. nak kenal org btol2 needs 4 years atleast. tp sbb fikir umor dah xbyk je tu yg xsabo agaknye tu.

  4. ciknon

    April 5, 2021 at 11:01 am

    hmm.. btl tu chef.. sbgai org dewasa yg dah bkeje n ade ank cubela bdikari nk wedding mcm ne… pkai duit sndri. bru struggle. bru rse ssh pyh pakai duit sndri jgn nk senang2 rse nk bcerai berai.

    • IKAN SEPAT

      April 5, 2021 at 3:01 pm

      CHEF WAN IS A GOOD DAD.. CUMA ANAK2 DIA AJE DEGIL TAK TAHU DENGAR KATA AND TAK TAHU APPRECIATES HIM AS A FATHER, TOOK HIM FOR GRANTED!

      AKU KALAU DAPAT BAPAK GINI.. BERSYUKUR SIOL…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top