Chef Selebriti Sekolahkan KJ & Shahril? Apa Pula Telatah Mereka Berdua Kali Ini…

Branded

Chef Selebriti Sekolahkan KJ & Shahril? Apa Pula Telatah Mereka Berdua Kali Ini…

Amboi, KJ dengan Shahril boleh memasak? Wah, siapa sangka, dua individu yang terlibat dalam banyak bidang ini mempunyai bakat terpendam!

Persoalannya, jadi ke tidak juadah yang mereka masak tu? Ke sebenarnya mereka hanya sekadar membantu chef di dapur?

Kalau korang nak tahu, meh sini kami kongsi lebih lanjut tentang segmen terbaru daripada KJ dan Shahril!

KJ & Shahril Beraksi Di Dapur, 2 Chef Selebriti Jemputan Terpegun

Untuk pengetahuan, Keluar Sekejap (KS) Lagi kini memperkenalkan segmen terbaru iaitu Masak Sekejap Bersama Calpis, di mana KJ dan Shahril menunjukkan kehandalan mereka di dapur. Tapi, jangan risau, mereka tak keseorangan tau!

Untuk segmen ini, mereka akan ditemani oleh 2 chef selebriti terkenal yang salah satu adalah Chef Anis. Nak tahu siapa lagi satu Chef Selebriti? Haa, korang kenalah stay tuned okay?!

Paling best, untuk segmen ini, mereka menggunakan satu bahan yang sememangnya tiada siapa sangka boleh digunakan dalam masakan, iaitu Calpis! Haa sudah, macam mana pula tu…. entah jadi ke tidak resepi tu.

Calpis digunakan untuk memasak

Biasanya, Calpis memang terkenal sebagai minuman menyegarkan, terutama ketika berbuka puasa. Tapi siapa sangka ia juga boleh digunakan sebagai bahan masakan betul tak? 

Tak percaya, jom saksikan episod pertama Masak Sekejap Bersama Calpis, di mana KJ dan Chef Anis menyediakan dua hidangan iaitu Chicken Shawarma dan minuman istimewa Grape & Mint Iced Delight

Fuhh, bukan main lagi KJ buat Chicken Shawarma, sampai jelas terpampang muka terliur beliau. Tak dinafikan gabungan Calpis dalam masakan ni memang nampak menyelerakan. 

Bukan itu saja, minuman mocktail yang direka menggunakan Calpis ini pun sangat menyegarkan tau. Memang sedap untuk berbuka puasa! 

Nak tahu betul-betul sedap ke tak, korang tak boleh lah tengok saja. Kena cuba sendiri di rumah! Jom buat resepi ni untuk juadah berbuka nanti. 

Hidangan Pasti Lebih Menyelerakan Dengan Gabungan Calpis

Sebenarnya, ada banyak lagi resepi-resepi yang akan dikongsikan oleh KJ dan Shahril bersama Chef Anis dan seorang lagi chef selebriti terkenal yang anda wajib cuba di rumah.  

Jadi, nantikan episod baharu setiap minggu dengan hidangan istimewa yang pasti menggoda selera: 

Episod 1: 16 Mac 2025 (sudah disiarkan, tonton video penuh di YouTube KS Lagi)

Episod 2: 23 Mac 2025

Episod 3: 29 Mac 2025

Episod 4: 4 April 2025

Kalau korang terlepas, jangan risau, korang boleh dapatkan semua resipi dari segmen Masak Sekejap Bersama Calpis di laman web Beautifulnara.

Paling penting, kalau nak cuba resipi daripada segmen ini, korang perlukan Calpis! Jadi, dapatkan sekarang di kedai runcit berdekatan atau secara atas talian di Lazada dan Shopee

Calpis digunakan untuk memasak

Sedikit fun fact, Calpis adalah minuman susu kultur terbaik yang pertama dari Jepun sebab ia tidak mempunyai lemak atau bahan pengawet, serta bagus untuk sistem penghadaman. Ianya juga mempunyai rasa manis dan masam yang sangat menyegarkan!

Ikuti media sosial Calpis di Facebook dan Instagram untuk maklumat lebih lanjut. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...