Chef Riz – Ya, Saya Memang Sudah Bercerai

Hiburan

Chef Riz – Ya, Saya Memang Sudah Bercerai

Baru-baru ini heboh juga bila perkahwinan Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, atau lebih dikenali sebagai Chef Riz dengan pelakon Ana Dahlia dikatakan retak. Ada yang mendakwa pasangan itu telah mengambil borang permohonan cerai dan bergaduh di khalayak ramai sebelum ini.
Photobucket
Hari ini, melalui Kosmo Online, chef selebriti itu mengakui yang dia telahpun bercerai dengan Ana Dahlia.

Ya, saya memang sudah bercerai.

Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.

Advertisement

Chef Riz bagaimanapun tidak mahu menerangkan secara jelas punca keretakan rumahtangga mereka.

Usia perkahwinan mereka belum pun sampai setahun, namun begitu menurut Chef Riz, mereka tiada sefahaman sepanjang 11 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Di samping itu, Chef Riz menambah usia perkenalan mereka sebelum berkahwin hanya lapan bulan saja, dan ini juga turut menjadi punca keruntuhan rumahtangganya.

Mungkin ada benarnya perlu saling mengenali dengan sepenuhnya sebelum mengahwini seseorang. Namun ramai juga yang tidak mengenali pasangan mereka, sebaliknya bercinta selepas berkahwin dan perkahwinan mereka elok saja kekal lama.

Advertisement

Apa pun, semua orang tidak sama. Anggaplah sudah tiada jodoh antara mereka berdua dan doakan mereka bertemu dengan pasangan yang benar serasi dan kekal hingga ke akhir hayat.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

145 Comments

  1. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

    November 8, 2012 at 9:13 pm

    Oh tuhan beri lah minah jambu suami yg hensem lagi baik tk kaki pukol tk kaki togok tk kaki pemarah ada rumah ada harta ada duit ada kereta….jangan lah beri minah jambu laki yg panas baran beri lah minah jambu laki yg paling paling romentik….

    • pizza

      November 9, 2012 at 5:15 pm

      Minah, “suami yg hensem lagi baik tk kaki pukol tk kaki togok tk kaki pemarah ada rumah ada harta ada duit ada kereta” adalah suami yang beriman, menjaga agama dan takut pada Tuhannya. Suami yang kau idamkan2kan tu, rasanya takkan pilih kau sbb kau anti bertudung, memandang mulia pelacur, x kisah ke kelab maksiat dan memuja artis. Susah nak bentuk isteri kalau hati tidak amal maaruf nahi mungkar, sbb boleh mengheret si suami ke neraka. Fikirkan Minah…

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

      November 9, 2012 at 5:27 pm

      elehhhhhhhh macem bagos je kau ni….kau ke yg kasi jodoh ! kau ke yg kasi rezeki kau ke yg tentu kn segele2 nye huh ! minah tudong pon lom trentu dapat laki yg semacam itu pasal nama je minah tudong tapi hati prangai tuhan aje laaaaaaaa yg tahu segele2 nye pon kan…..jadi jangan suka nk menghina pompan yg tk pakai tudong n jangan menghina pompan yg tk tutop aurat dorang punye diri biar dorang yg kasi uros ! kalau nk jadi uztazah sangat nk eksen alim gi kt blog lain n minah jambu rasa kau ni minah tudong yg jenis mulot jahat prangai macam sial !!!!!

    • pizza

      November 9, 2012 at 6:51 pm

      Benda2 yang aku tulis ni kau sendri yang post selama ni, menunjukkan apa yang ada dlm hati kau. Aku bukan penentu jodoh tapi Al-Quran yang bg hint, lelaki yang baik utk perempuan yang baik. Tang mana baiknya kalau anggap pegi kelab dangdut tu takpe, pelacur mencari makan dgn jujur and mcm2 lagi la yang sgt sesat lg menyesatkan. Org kt sini gila punya meluat dgn komen2 kau, sgt sekular dan menentang ajaran Islam. Doa kau tu dah bagus, tapi bertentangan dgn pendirian kau. Believe me, lelaki yang spesis “suami yg hensem lagi baik tk kaki pukol tk kaki togok tk kaki pemarah ada rumah ada harta ada duit ada kereta” takkan sanggup memperisterikan perempuan yang berpendirian mcm kau. Takut x terbentuk utk jadi isteri solehah yang taat pd perintah ALLAH, mampus kena heret masuk neraka. All because of a woman. Sgt x berbaloi jadi suami. Minah, bwk2 la dgr kuliah agama. Kt TV byk, bukan susah, on je TV al hijrah, ke Oasis ke. You seriously kena betulkan hati, sbb dah teruk sgt. Sgt codong kearah menentang ajaran Islam. Bahaya Minah, cukup bahaya. Jgn nanti dihukum ALLAH supaya kau telan balik segala kata2 kau.

  2. RempahKariMak

    November 8, 2012 at 7:32 pm

    Syukur alhamdulilah , cerai jugek akhir nye :P

  3. Lagubestbest

    November 8, 2012 at 7:02 pm

    Bila hidup tak berapa nak jujur..

  4. Akaks

    November 8, 2012 at 4:03 pm

    Berumah tangga byk dugaannya n perlu dilalui dgn fikiran yg matang…yg penting selalulah solat berjemaah coz bila akhirnya solat isteri akan bersalam dgn suami, maka gugurlah dosa keduanya n bila dh salam hati yg panas akan jd sejuk..xkan dh salam nk gaduh lagi…bygkan jika 5 kali berjemaah sehari, 5 kalilah kita bersalam.dunia hari ni mungkin sukar setiap waktu berjemaah, dpt isyak pun jd…

  5. QA

    November 8, 2012 at 3:30 pm

    gado cerai sonoknyee…xpandai la ko rizz baek masak je la…dlm pkahwinan mmg la gado2, pompuan ni nak perhatian…ko tu yg sibuk keje smpai lupe..da bduit tp x ngheti guna kelebihan..adoooiiii….buat malu laki la…keputusan ko tu x tepat la…buang duit…buang masa …

Loading...