Baru-baru ini heboh juga bila perkahwinan Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, atau lebih dikenali sebagai Chef Riz dengan pelakon Ana Dahlia dikatakan retak. Ada yang mendakwa pasangan itu telah mengambil borang permohonan cerai dan bergaduh di khalayak ramai sebelum ini.
Hari ini, melalui Kosmo Online, chef selebriti itu mengakui yang dia telahpun bercerai dengan Ana Dahlia.
Ya, saya memang sudah bercerai.
Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.
Chef Riz bagaimanapun tidak mahu menerangkan secara jelas punca keretakan rumahtangga mereka.
Usia perkahwinan mereka belum pun sampai setahun, namun begitu menurut Chef Riz, mereka tiada sefahaman sepanjang 11 bulan melayari bahtera perkahwinan.
Di samping itu, Chef Riz menambah usia perkenalan mereka sebelum berkahwin hanya lapan bulan saja, dan ini juga turut menjadi punca keruntuhan rumahtangganya.
Mungkin ada benarnya perlu saling mengenali dengan sepenuhnya sebelum mengahwini seseorang. Namun ramai juga yang tidak mengenali pasangan mereka, sebaliknya bercinta selepas berkahwin dan perkahwinan mereka elok saja kekal lama.
Apa pun, semua orang tidak sama. Anggaplah sudah tiada jodoh antara mereka berdua dan doakan mereka bertemu dengan pasangan yang benar serasi dan kekal hingga ke akhir hayat.
ape lah
November 8, 2012 at 2:04 pm
kahwin cerai kahwin cerai….memang satu kerja artis…….lain kali kalau nak kahwin tu fikirlah baik2 ……..
cherrina
November 8, 2012 at 1:15 pm
penatnye divorce byk kali…
someone who knows
November 8, 2012 at 1:04 pm
aku adalah kwn rapat ana…biar aku dedahkan kat sini..punca sbnrnya ialah, ana dah x tahan ngan asben dia yg asyik nak main belakang..dia rasa tertekan sgt dan dah x mampu menahan nafsu asben dia yang agak pelik tu…itulah yg ana alami sebenarnya….hanya family dan rakan2 rapat je yg tahu…so korang dah x payah nak teka itu ini lagi punca perceraian diorng..
Anonymous
November 9, 2012 at 10:19 am
ini ke kawan baik? mndedah kan aib rumahtangga org? attention seeker sgt la kauuuuu
Kimberly
November 8, 2012 at 12:46 pm
Ini semua takdir. Takde sape nak bercerai. Korang ni mulut agak2 lah. Memandai je cakap chef riz ni homosexual. Agak agak ar. Dah sampai sini jodoh dorang.
Anonymous
November 8, 2012 at 11:26 pm
Skali anak korg gay…idak pn hubby korg…
Pekeje cm
November 8, 2012 at 12:42 pm
Uuuu tau x ada kelab gay kat cm tu.si bapa sll g situ.siap bg lebih lg.
ha ckp apa lg.tdiam i.