Baru-baru ini heboh juga bila perkahwinan Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, atau lebih dikenali sebagai Chef Riz dengan pelakon Ana Dahlia dikatakan retak. Ada yang mendakwa pasangan itu telah mengambil borang permohonan cerai dan bergaduh di khalayak ramai sebelum ini.
Hari ini, melalui Kosmo Online, chef selebriti itu mengakui yang dia telahpun bercerai dengan Ana Dahlia.
Ya, saya memang sudah bercerai.
Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.
Chef Riz bagaimanapun tidak mahu menerangkan secara jelas punca keretakan rumahtangga mereka.
Usia perkahwinan mereka belum pun sampai setahun, namun begitu menurut Chef Riz, mereka tiada sefahaman sepanjang 11 bulan melayari bahtera perkahwinan.
Di samping itu, Chef Riz menambah usia perkenalan mereka sebelum berkahwin hanya lapan bulan saja, dan ini juga turut menjadi punca keruntuhan rumahtangganya.
Mungkin ada benarnya perlu saling mengenali dengan sepenuhnya sebelum mengahwini seseorang. Namun ramai juga yang tidak mengenali pasangan mereka, sebaliknya bercinta selepas berkahwin dan perkahwinan mereka elok saja kekal lama.
Apa pun, semua orang tidak sama. Anggaplah sudah tiada jodoh antara mereka berdua dan doakan mereka bertemu dengan pasangan yang benar serasi dan kekal hingga ke akhir hayat.