Chef Riz Pinang Shikin Maembong Hari Ini, Rancang Nikah Disember

Hiburan

Chef Riz Pinang Shikin Maembong Hari Ini, Rancang Nikah Disember

Setelah gagal dalam perkahwinannya bersama Ana Dahlia dan menduda selama hampir 2 tahun, Chef Riz kini telah bertemu pengganti. Sebelum ini Chef Riz pernah dikaitkan dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Mak Jemah. Namun si gadis yang berjaya membuka hatinya untuk bergelar suami sekali lagi tak lain tak bukan ialah Shikin Maembong, kakak kepada Emma Maembong.

chef riz dan shikin maembong

Advertisement

Menurut perancangan, Chef Riz akan masuk meminang Shikin Maembong hari ini diikuti pula majlis pernikahan pada bulan Disember ini. Baguslah tunang kejap-kejap. Tak perlu lama-lama. Kata Chef Riz menerusi Mstar Online:-

Insya-Allah, esok (hari ini) saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember. Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan.

Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai

chef riz dan shikin maembong

Tahniah diucapkan kepada Chef Riz dan Shikin Maembong atas berita gembira ini. Semoga perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan buat selamanya untuk Chef Riz. Jadikan kegagalan perkahwinan pertama sebagai pengajaran dan gunakannya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kali ini. Tahniah!!!

P.S: Lagi kes pukul di asrama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...