Chef Muda Malaysia Hidang Pulut Kuning, Dinobat Juara Pertandingan Memasak Peringkat Dunia

Trending

Chef Muda Malaysia Hidang Pulut Kuning, Dinobat Juara Pertandingan Memasak Peringkat Dunia

Seorang demi seorang anak Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Terkini, kisah yang sekali lagi mengharukan kita sebagai rakyat Malaysia apabila seorang anak muda dari Sabah, iaitu Chef Safura Tawil berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ‘Embassy Chef Challenge 2016’ bertempat di Ottawa, Kanada pada 3 November yang lalu.

Apa yang cukup mempersonakan, pada pertandingan akhir, beliau menyajikan masakan tradisi Malaysia iaitu pulut kuning bersama rendang daging dan serunding, otak-otak bersama acar dan sambal udang dan sate ayam bersama kuah kacang sekaligus menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago yang menjuarainya tahun lalu.

Paling membanggakan, Chef yang berkhidmat di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa ini adalah seorang peserta paling muda antara semua peserta lain yang bertanding. Kebanyakkan mereka merupakan chef yang berpengalaman dalam dunia kulinari di mana ada peserta yang telah pun berjaya mengeluarkan buku masakan sendiri dan juga mempunyai rancangan masakan sendiri.

Beliau merupakan bekas penuntut pendidikan diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Kulinari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kemudiannya menjalani latihan industri di dua hotel terkemuka iaitu Pullman Hotel dan Marriot Hotel di Putrajaya.

Juri pertandingan pada hari tersebut adalah Mrs. Margaret Dickerson, seorang pakar makanan dan hiburan, Chef Tim Wasylko, chef kepada Perdana Menteri Kanada, dan Chef Marc Lepine, chef terkemuka di Kanada dan pemilik restoran ternama Atelier di Ottawa.

Disebalik kemenagan yang bermakna ini, rupanya ada satu cerita menarik di mana terjadi satu kejadian yang menyebabkan beliau hampir tidak dibenarkan bertanding dalam pertandingan itu.

Jom kita baca apa yang terjadi di mana dia diceritakan sendiri oleh beliau.

Pukul 2 petang saya tiba di dewan pertandingan di Horticulture building, Landsdown Park dan bersiap sedia di booth Malaysia. Setiap peserta perlu menyimpan makanan di dalam warmer untuk memastikan makanan berada pada suhu yang betul. Pukul 4pm nanti, food inspector akan datang ke setiap booth untuk memeriksa suhu makanan.

Peraturan agak ketat sedikit di sini. Suhu makanan yang tidak tepat serta-merta boleh membatalkan penyertaan peserta. Ini satu perkara yang saya paling gementar sekali.

Dalam lingkungan jam 4.30 petang, food inspector pun tiba di booth Malaysia. Nak jadikan cerita, ketika itu jugalah suhu makanan saya jatuh pada suhu yang tidak tepat. Kemudian food inspector itu berkata,

I will come back to check it again

Hati saya memang sangat bergelora pada waktu itu, takut penyertaan saya dibatalkan. Tapi saya terpaksa redha jika perkara itu berlaku.

Kali kedua food inspector datang, suhu masih lagi tak naik. Manakala kali ketiga pula, skrip yang sama berulang. Apa yang saya fikir ketika ini hanyalah nak gulung tikar dan balik. Jam hampir pukul 6pm, semua chef negara lain dah mula sediakan makanan.

Chef dari Malaysia masih lagi menunggu nasib dan kebenaran dari food inspector. Saya tak boleh nak buat apa-apa selagi tak mendapat lampu hijau.

Walaubagaimanapun, mujur pihak penganjur sangat supportive dan tak menyalahkan saya.

Alhamdulillah, kali keempat mereka datang akhirnya saya dibenarkan untuk bertanding. Rasa macam nak nangis dan malu pada masa yang sama. Syukur sangat.

Tahniah dan syabas Chef Muda Safura Tawil, kami bangga dengan anda. :)

Sumber: Facebook Safura Tawil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...