Chef Malaysia Muncul Juara Di Ireland Dengan Resepi Nasi Lemak Bunga Telang

Kehidupan

Chef Malaysia Muncul Juara Di Ireland Dengan Resepi Nasi Lemak Bunga Telang

Hidangan yang cukup sinonim dengan Malaysia, iaitu nasi lemak berjaya menerima pengiktirafan di peringkat dunia baru-baru ini. Dengan membawakan resepi ‘Nasi Lemak Bunga Telang’, Siti Safura Mohd Tawil berjaya mendapatkan tempat pertama dalam pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland.

Baca: “Saya Peminat Nasi Lemak!”, YouTuber Ini Terbang Sejauh 9,600KM Ke Malaysia Demi Nasi Lemak

Advertisement

Beliau berjaya mendapat pingat emas di dalam pertandingan yang dianjurkan di Pameran Food & Bev Live 2020. Lebih membanggakan, nasi lemak yang digubah menggunakan resepi yang lain dari lain itu berjaya menambat hati juri.

nasi lemak bunga telang

Melalui perkongsian di Facebook itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah yang memberikan sokongan. Perkongsiannya itu telah mendapat komen positif daripada netizen yang turut mengucapkan tahniah padanya.

Sebelum ini, seorang wartawan dari luar negara mengutuk hidangan nasi lemak yang dihidangkan di dalam sebuah penerbangan. Sehinggakan membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia yang mengecam tindakannya itu. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Smelly Anchovies!”, Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak Dalam Penerbangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...