Chef selebriti, Fikree Aznan kini menjadi perhatian netizen dan juga media setelah isterinya, Sharifah Zuriehan mendedahkan kecurangannya bersama wanita berstatus isteri orang.
Lama berdiam diri, akhirnya Fikree tampil membuat kenyatana menyatakan segala tuduhan dan berita dia berlaku curang itu tidak benar sama sekali. Buat masa ini, dia meminta agar orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi dan mohon diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu.
Terdahulu Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama Fikree berlaku curang, sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.