Chef Di Hotel Lima Bintang Dibuang Kerja Selepas Kantoikan Diri Sendiri Pernah Ludah Pada Makanan Pelanggan

Trending

Chef Di Hotel Lima Bintang Dibuang Kerja Selepas Kantoikan Diri Sendiri Pernah Ludah Pada Makanan Pelanggan

Seperti menghancurkan periuk nasi sendiri, chef ini akhirnya dibuang kerja selepas perbuatan terkutuknya terbongkar secara tidak sengaja oleh dirinya sendiri. Melalui akaun Twitter miliknya yang sudah dinyah aktifkan, dia memuatnaik perkongsian berunsurkan perkauman tentang pelanggannya.

Chef tersebut yang bekerja di sebuah hotel bertaraf lima bintang kemudiannya membuat pengakuan pernah meludah pada makanan yang dipesan oleh pelanggan. Pengakuan nya itu telah mendorong netizen untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel yang kemudian membuat keputusan untuk memecatnya.

Advertisement

Berdasarkan perkongsian, chef tersebut sering kali memuatnaik perkongsian berunsurkan perkauman terutamanya mengutuk kaum Cina di Malaysia. Selepas diselidik, chef tersebut didapati bekerja di sebuah hotel dikenali sebagai Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands di restoran Hugo’s In The Sky.

Melalui satu kenyataan di Facebook, pihak pengurusan hotel telah memecat chef tersebut yang telah memburukkan imej hotel. Bukan itu saja, chef itu juga didapati melanggar etika kerja sebagai seorang chef dan tidak menghormati pelanggan.

Perbuatan yang akhirnya memakan diri sendiri ini pastinya akan memberikan kesan yang tidak baik untuk rekod kerjayanya sebagai seorang chef. Namun, tindakan terkutuknya meludah pada makanan pelanggan adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Ada juga yang berasakan hukuman yang diterimanya ini tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Artikel berkaitan: Chef Malaysia Muncul Juara Di Ireland Dengan Resepi Nasi Lemak Bunga Telang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...