Seperti menghancurkan periuk nasi sendiri, chef ini akhirnya dibuang kerja selepas perbuatan terkutuknya terbongkar secara tidak sengaja oleh dirinya sendiri. Melalui akaun Twitter miliknya yang sudah dinyah aktifkan, dia memuatnaik perkongsian berunsurkan perkauman tentang pelanggannya.
Chef tersebut yang bekerja di sebuah hotel bertaraf lima bintang kemudiannya membuat pengakuan pernah meludah pada makanan yang dipesan oleh pelanggan. Pengakuan nya itu telah mendorong netizen untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel yang kemudian membuat keputusan untuk memecatnya.
Berdasarkan perkongsian, chef tersebut sering kali memuatnaik perkongsian berunsurkan perkauman terutamanya mengutuk kaum Cina di Malaysia. Selepas diselidik, chef tersebut didapati bekerja di sebuah hotel dikenali sebagai Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands di restoran Hugo’s In The Sky.
Melalui satu kenyataan di Facebook, pihak pengurusan hotel telah memecat chef tersebut yang telah memburukkan imej hotel. Bukan itu saja, chef itu juga didapati melanggar etika kerja sebagai seorang chef dan tidak menghormati pelanggan.
Artikel berkaitan: Chef Malaysia Muncul Juara Di Ireland Dengan Resepi Nasi Lemak Bunga Telang