March 9th, 2016

Kata orang, kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. Selaku seorang chef selebriti yang terkenal seantero dunia, Chef Wan layak untuk memberikan pandangannya tentang chef selebriti yang tumbuh bak cendawan selepas hujan menerusi program realiti televisyen. Bagi Chef Wan, chef-chef ini masih mentah dan kurang pengalaman untuk muncul di kaca televisyen.

chef wan

Secara jujur, hanya ada beberapa orang chef di Malaysia yang mampu membuatkan Abang Nara tidak menukar saluran televisyen. Chef Wan adalah salah seorang daripadanya. Chef-chef yang baru ini memang kurang daya tarikan. Harap muka sahaja kacak dan cantik. Interaksi dan komunikasi dengan penonton memang agak kurang memuaskan. Karisma pun tiada. Kata Chef Wan:-

Saya tidak rasa program realiti yang diperkenalkan untuk melahirkan chef ini membantu mencari seorang chef yang berkualiti untuk berada dan berkomunikasi dengan baik di televisyen. Apa yang saya lihat ialah mereka kurang berpengalaman, masih mentah dan tidak cukup terlatih lagi. Jadi, chef selebriti ini tidak semudah yang mereka sangka.

Banyak kretaria yang penting untuk menjadi seorang chef selebriti, bukan sekadar pandai masak beberapa jenis masakan atau memenangi program realiti untuk melayakkan seseorang mendapat gelaran itu

chef wan

Diharap chef-chef selebriti di Malaysia mengambil berat teguran Chef Wan ini dan berusaha membaiki diri mereka. Sekali sekala turunlah pergi berjumpa dengan Chef Wan untuk meminta tips dan belajar dengannya. Selaku seorang senior, Abang Nara yakin Chef Wan tidak lokek untuk berkongsi segala ilmunya. Chef-chef yang muda ini janganlah pula sombong dan besar kepala. Selaku yang lebih muda, memang adab untuk kita pergi bertemu dengan mereka yang lebih tua. Kalau tak ada usaha sebegini, sampai bila-bila pun akan berada di takuk lama. Tak gitu? Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...