Chef China Mati Dipatuk Ketika Sediakan Hidangan Sup Ular Istimewa

Trending

Chef China Mati Dipatuk Ketika Sediakan Hidangan Sup Ular Istimewa

Ular ialah makanan istimewa di sesetengah tempat di dunia. Antara ular yang mendapat tempat sebagai makanan istimewa ialah ular tedung kerana ia sukar dijumpai dan dikatakan mendatangkan faedah kesihatan kepada individu yang memakannnya.

toptop2

Advertisement

Bagi individu yang menyediakan ular tedung sebagai hidangan, keadaannya berbeza. Baru-baru ini seorang chef di Wilayah Guangdong di China maut semasa menyediakan ular tedung untuk hidangan sup buat pelanggan. Apa yang menarik, ular yang mematuk chef itu sebenarnya baru dipotong kepalanya 20 minit sebelum itu. Maknanya ia mematuk chef itu setelah kepalanya dipisahkan dari badan.

Menurut Mail Online, chef Peng Fan sedang membersihkan kawasan memasak dan baru hendak membuang kepala ular yang sudah terputus dari badan itu ke dalam tong sampah apabila ia memberikan patukan terakhir di tangan Peng Fan. Bisa ular tedung Indo-China itu berbahaya kerana ia mampu melumpuhkan sistem pernafasan dan melemaskan mangsa. Walau begitu, ia boleh dirawat menggunakan penawar.

Disebabkan tidak bersedia, tiada penawar bisa ular berada di restoran pada malam itu, dan Fan meninggal dunia akibat kesan pelemasan neurotoksin dari bisa ular.

Ular tedung Indo-China serta beberapa jenis reptilia dan haiwan lain masih mempunyai fungsi motor walaupun dalam masa beberapa minit setelah kehilangan anggota penting seperti kepala. Secara teknikal, ia telah mati, namun ular itu akan terus mematuk kerana tindakan refleks. Lihat video di bawah sebagai bukti. Bagaimanapun, perlu diingatkan, video ini mungkin bersifat kejam pada sesetengah individu.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...