“Check” Tekanan Darah Tinggi Di Rumah Dan Bagaimana Teknik Bacaan Yang Betul

Trending

“Check” Tekanan Darah Tinggi Di Rumah Dan Bagaimana Teknik Bacaan Yang Betul

Tekanan darah saya tadi cuma 123/88. Untung ada alat nak check tekanan darah kan. Bila tekanan darah kita dah mula tak normal? Sini saya nak ajar sikit. Untuk check di rumah :

Advertisement

1. Check dalam 3 hari berturut-turut

2. Kalau check tekanan darah di waktu pagi pada hari pertama, hari kedua dan ketiga pun kena check pada waktu pagi

3. Check tekanan darah tu sebelum makan ubat (bagi yang on treatment) atau petang (sebelum makan)

4. Catat bacaan tu di dalam buku nota tapi alat bp set yang macam saya ni boleh simpan 99 kali bacaan tekanan darah. So takde problem nak catat ke tak

5. Lepas dah rekod bacaan untuk 3 hari tu, amik purata bacaannya (sistolik- yang atas / diastolik – yang bawah)

contoh : Kalau bacaan sistolik hari pertama 122, hari kedua 128, hari ketiga 125 jadi bacaan sistolik sebenar adalah 122+128+125 dibahagi dengan 3.

Jadi, tekanan darah saya okey ke tak ni?

jawaban : Ok, tengok yang sistolik ( atas ) dulu ye. Kalau dibawah 130. Dikira normal! Alhamdulillah!

Lepas tu tengok yang diastolik ( bawah ) pulak. Kalau di bawah 80 pun dikira normal! Alhamdulillah.

Tapi!

Kalau sistolik ( atas ) tu dah catat nilai lebih daripada 135 dan diastolik ( bawah ) tu lebih daripada 85 tu dikira dah tinggi dah tu. Sebaiknya pergi segera ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut ye.

p/s : Jangan amik ringan penyakit darah tinggi ni. Ramai yang rosak buah pinggang dan jantungnya sebab dia tak tahu pun dia ada penyakit darah tinggi dan kalau dia tahu pun dia buat-buat tak tahu.

** Tolong save cara kiraan ni dalam handphone korang sekarang

** Kalau nak beli sendiri kat Farmasi walaupun agak mahal sikit. Saya suggest brand Omron,Citizen dan Rossmax. Tu brand paling okey di pasaran.

Kredit : Dr. Taufiq Razif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...