Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel baru-baru ini terpaksa membuat laporan polis susulan ibu bapa terima ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali kerana didakwa cuba untuk ‘back-up’ rakan selebriti yang tersenerai dalam gerakan #blockout2024.
Ugutan melampau
Tindakan Naim Daniel itu disokong oleh model dan pengacara dikenali ramai iaitu Scha Alyahya yang merasakan ugutan yang dilakukan melampaui batas.
View this post on Instagram
Tegas Scha atau nama sebenar, Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, dirinya juga akan mengambil tindakan undang-undang juga jika menerima ugutan yang sama.
Bakal ambil tindakan
“Fitnah-memfitnah, permusuhan, dengki-mendengki, mewujudkan persepsi buruk. Sekarang kan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana-sini.
Sekadar info, Scha Alyahya difahamkan kini sudah kehilangan hampir 100,000 pengikut di Instagram susulan tersenarai dalam gerakan #Blockout2024.