“Check Balik Pasal Kartun Ni..” – Aeril & Wawa Ditegur Pilih Patung ‘Huggy Wuggy’ Jadi Tema Hari Jadi

Hiburan

“Check Balik Pasal Kartun Ni..” – Aeril & Wawa Ditegur Pilih Patung ‘Huggy Wuggy’ Jadi Tema Hari Jadi

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi.

Menerusi video tersebut, Attar dilihat gembira menyambut hari ulang tahunnya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang datang ke majlis.

Advertisement

Malah, Wawa turut menitipkan ucapan hari lari kepada Attar di ruangan kapsyen dan meluahkan rasa syukur melahirkan anak lelakinya itu.

Sudah 9 tahun berlalu.. kenangan mengandungkan & melahirkan Attar memang takkan pernah padam di ingatan mama.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah penggunaan kartun ‘Huggy Wuggy’ sebagai tema utama majlis ulang tahun berkenaan.

Difahamkan, kartun ‘Huggy Wuggy’ merupakan karakter yang sangat menakutkan selain membawa unsur negatif seperti melibatkan watak pembunuhan dan tidak sesuai untuk menjadi tontonan kanak-kanak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah menegur Aeril dan Wawa supaya tidak mempromosikan kartun tersebut dan meminta selebriti itu untuk lebih peka tentang kartun kesukaan anaknya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Terkepit Pintu Tang Mana?" - Izreen Azminda 'Sound' Balik Netizen Yang Kutuk Warna Inai Neelofa Terlalu Gelap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...