Pasangan suami isteri Rozita Che Wan dan Zain Saidin memang seringkali bercuti ke luar negara. Antara tempat yang sering mereka lawati ialah London dan Paris. Boleh dikatakan London dan Paris sudah seperti rumah kedua mereka. Anak Che Ta dan Zain iaitu Aaisyah Dhia Rana juga telah 2 kali terbang ke kedua-dua tempat ini. Kekerapan mereka ke sana sehingga tahap Che Ta sudah hafal jalan-jalan di kota itu.
Tidak pernah bosan menjelajah kota Paris dan London, Che Ta dan Zain Saidin bukan sahaja berhasrat untuk membeli rumah di kota mewah ini, malah juga bercadang untuk membuka restoran. Kata Che Ta:-
Ini kali kedua saya bawa Aaisyah bercuti di London dan Paris. Kami hanya tinggalkan dia sekali saja ketika mengerjakan umrah tempoh hari. InsyaAllah, Disember nanti kami merancang ke sini lagi.
Saya suka London dan Paris kerana kemudahan yang disediakan sangat selesa. Nak cari tempat makan pun mudah, malah ada banyak tempat untuk membeli-belah. Apabila kerap ke sana, saya sudah tahu jalan.
Insya-Allah kalau ada rezeki, saya dan suami mahu beli rumah di sana. Zain pun pernah mencadangkan supaya saya buka restoran di sana. Bagi merealisasikan impian itu, kami kena bekerja lebih keras.
Memandangkan belum ada jualan muarah, kami tak banyak membeli-belah. Kami gunakan peluang ini untuk berehat sambil menikmati pemandangan indah. Walaupun sudah selalu ke London dan Paris, saya tidak pernah bosan.
Diakui sememangnya Paris dan London adalah kota yang menarik untuk didiami lebih-lebih lagi London yang amat sesuai untuk membesarkan anak-anak. Abang Nara kagum dengan visi pasangan suami isteri yang mahu membeli rumah di luar negara. Dream big, achieve big. Sama-samalah kita doakan agar hasrat Che Ta dan Zain ini akan tercapai. Nanti bolehlah Abang Nara tumpang tinggal di rumah anda berdua kalau berkesempatan bercuti ke sana. Hehehe. Sumber Harian Metro.