Tidak mahu spekulasi terus timbul, pengurus Che Ta, Afeeq Abd. Wahab menafikan artisnya itu kini berbadan dua. Menurut Afiq, perbualan Che Ta dan jurugambar tersebut juga hanya sekadar gurauan.
Tidak benar Che Ta mengandung dua bulan, dia dan Annas hanya bergurau sahaja. Sebenarnya mereka bercakap mengenai produk kesihatan Jus Goyang yang dipromosikan Che Ta.
Buat masa ini, Che Ta sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubunga isu kehamilannya ini. Kami rasa ramai peminat mahu perkara ini disahkan sendiri oleh beliau bukan?