Rozita Che Wan tidak kami nafikan antara wanita yang agak berjaya diluar sana apatah lagi beliau mula melangkah ke industri hiburan sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua orang anak lelaki.
Setelah berusaha keras didalam bidang perniagaan, akhirnya Che Ta kini boleh hidup mewah. Anda juga tahu bukan hampir setiap bulan pasti Che Ta sekeluarga bercuti di luar negara.Meskipun dikritik kerana terlalu menayangkan kemewahannya, Che Ta nampaknya enggan ambil pusing akan perkara remeh-temeh itu.
Terbaru, Che Ta menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto sebuah rumah baglo mewah yang terletak di Kota Damansara.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Che Ta, banglo itu baru sahaja beliau beli. Wah! Murah betul rezeki Che Ta bukan?
Rata-rata peminat memuji baglo mewah Che Ta dan mengucapkan tahniah kepadanya. Ada juga yang membidas komen-komen negatif yang cemburu dengan kekayaan Che Ta.
Tahniah kepada Che Ta kerana membuktikan dengan hasil kerja keras dan usaha yang kuat anda mampu untuk mengubah hidup anda.