March 3rd, 2020

Biasalah kalau bergelar pelakon pasti akan menerima pelbagai watak, boleh tambah juga kemahiran dalam lakonan dan mencuba sesuatu yang baru. Namun, buat selebriti popular Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, dia tetap tegas dengan pendiriannya enggan membenarkan wajahnya dimekap untuk kelihatan tua.

che ta

Menurutnya, watak sebagai orang tua lebih baik diberikan kepada pelakon yang lebih sesuai terutama sekali pelakon veteran demi menjaga hak dan kebajikan serta dapat membantu kerjaya seni mereka.

Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka kena mekap jadi tua? Baik bagi saja kepada pelakon veteran yang ada.

che ta dimekap tua

Kalau tidak, nanti pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, bila saya ambil karakter yang kena mekap tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui dia sebenarnya tidak kisah berlakon watak tua sekalipun asal tidak dimekap jadi tua.

che ta dimekap tua

Saya okay saja untuk menjayakan karakter nenek. Lagipun itulah realitinya saya sekarang sudah ada anak-anak yang besar.

Terdahulu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac sebelum ini mendapat kritikan ramai selepas mengumumkan larangan pelakon muda disolek seperti orang tua yang berkuatkuasa 1 Januari 2020. Rata-rata penggiat seni berkata syarat itu tidak membantu industri seni.

Sumber Berita : Harian Metro


4 responses to “Che Ta Tak Sanggup Dimekap Jadi Tua”

  1. Amor says:

    Hahaha btl2….tanggal mekeup kedut byk.

  2. che tuuuuttttt says:

    dah tua…buat apa susah2 mekap jadi tua

  3. liz says:

    kena faham apa dia cakap…bukan tak boleh terima tua tapi buat apa nak mekap jadi tua. nak blakon watak nenek pun ok kata dia. dari mekap tua baik amik pelakon veteran. tu maksudnya.

  4. korok says:

    hahaha…x nak terima kenyataan ke ko dh tua…sumer org akan tua nek ta…berlakon je pun…erra fazira pun rilek je dulu jd org tua…

Loading...