Written by AbangNara | September 3rd, 2015

Begitu ramai selebriti di Malaysia ini, Abang Nara rasa wajah Che Ta yang paling kerap dieksploitasi untuk menjadi pelaris bagi produk kecantikan di luar sana. Tak dinafikan memang Che Ta anggun, jelita dan memukau. Bukan sekali, bukan dua kali, sudah berkali-kali gambar Che Ta disunting untuk kelihatan seperti memegang produk kecantikan tertentu, sedangkan isteri Zain Saidin ini tidak pernah menggunakan produk tersebut. Keji sangat-sangat!!!

che ta mangsa

Taktik kotor sebegini memang sering dilakukan oleh penjual produk di luar sana untuk melariskan barangan mereka. Nak ‘edit’ gambar bukanlah lama sangat, sekejap je. Lagipun pengaruh Che Ta memang amat kuat terutamanya di kalangan wanita. Siapa yang tak nak cantik dan menawan seperti Che Ta kan? Kata Che Ta:-

Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah! Saya anggap itu taktik kotor pengeluar produk mengeluarkan artikel dan gambar saya seperti itu dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai.

Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan itu.

Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali saya berdepan dengan situasi seperti ini. Saya pelik apabila nama saya selalu digunakan untuk melariskan produk.

Sepatutnya mereka perlu yakin dan percaya dengan produk yang dikeluarkan sekiranya ia produk yang bagus. Tak perlu guna nama siapa-siapa pun.

Bagaimanapun saya harap perkara ini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang,

che ta mangsa

Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Che Ta. Kalau rasa produk dah hebat dan cukup power, tak perlu nak edit-edit gambar untuk menambahkan keyakinan orang lain. Kalau tak ada bajet marketing, boleh bina nama perlahan-lahan. Jangan gelojoh nak jual sampai sanggup berbuat sebegini. Empayar perniagaan bukan dibina dalam masa semalaman. Ia mengambil masa yang lama. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

che ta mangsaP.S: Yeah!!! Hari ini Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium sudah mula ditayangkan di pagawam seluruh Malaysia. Kalau dah namanya Usop Wilcha, confirm kelakar tak ingat punya. Filem arahan Mamat Khalid selama ini memang tak pernah menghampakan. Jom ramai-ramai kita pergi tonton!!! Nak tengok trailer sila klik sini. 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Che Ta Sekali Lagi Jadi Mangsa Eksploitasi Untuk Lariskan Produk

  1. Anonymous says:

    MADAM BEAUTIFUL………..

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    makin npk muda n berseri2..

    0

    0
  3. yaya kemon says:

    Cntik che ta ni..jd pramugari duta segala bagai.
    zaman skrg ni susa nk jmpa pmpuan cantik2 tp xminat dlm modelling ni, yg down to earth n tahap pelajaran tiptop. Ad yg cntik dan pndai..engineer, doctor…last2 msti additional nk jd model sambilan jgk.
    Ak lebih respekkn pmpuan yg x tyg sgt kcantikkan ni..wlpn memakai tudung, cantik2 tu buat suami happy sudhlh. Usah dityg pd umum. Peace yaww..

    0

    0
  4. zaza says:

    che ta bg komen kt aziah af aritu agak melampau..

    0

    0