May 7th, 2018

Baru sahaja melancarkan produk suplemen kanak-kanak, pelakon Rozita Che Wan didakwa memanipulasikan populariti yang dimiliki anaknya, Aaisyah Dhia Rana untuk menjadi duta produk tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Namun, Che Ta menafikan beliau mempunyai niat sebegitu dan hanya berkongsi sesuatu yang baik untuk kanak-kanak lain juga. Malah, produk keluarannya itu tidak mengandungi bahan berbahaya.

Tiada langsung niat saya untuk memanipulasi anak sendiri. Berikutan ramai yang bertanya, apa yang Aaisyah makan sewaktu proses tumbesarannya, jadi saya kongsikan ia sebagai produk makanan tambahan yang terbaik.

Ia berasaskan makanan sunnah yang premium dan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak seperti kurma, madu, kismis, delima, aprikot, buah tin, oren, badam, tomato, anggur dan biji matahari. Aaisyah sendiri memang memakan tablet terbabit dan kami pula mempunyai hubungan baik dengan pengilang, jadi kita keluarkan produk berkenaan untuk digunakan sama oleh kanak-kanak lain.

Isu mengenai produk makanan tambahan buat bayi dan kanak-kanak sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan perdebatan di kalangan netizen termasuklah beberapa kenyataan daripada pakar perubatan yang tidak setuju jika mana-mana pihak mempromosikan produk tersebut. Apa-apa pun, sebagai ibu bapa dan pengguna, pilihan terletak di tangan anda.

Sumber Berita : BH ONLINE


15 responses to “Che Ta Nafi Mempergunakan Aaisyah Untuk Lariskan Produk”

  1. Mia says:

    Aisyah comel sgt.. tp x yah la saratkn baju2 dia.. pakai simple pun tetap comel..

  2. Anonymous says:

    makanan sunnah memang dah elok…. tp ari2 soh budak kecik2 telan pil… tak elok tuk buah pinggang sbb lmbt digest serpihan pil tu… kecuali sekali sekala sbb sakit ok lah.. tp ni nk buat amalan berbulan2 bertahun2 smpi besar bahaya jgk…
    cer buat berasaskan air.. jgn pil

Loading...