Baru-baru ini status rumah tangga Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadi tanda-tanya apabila ada dakwaan mengatakan beliau telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah tetapi ditarik semula.
Turut terkejut dengan khabar angin tersebut, Che Ta bagaimanapun menafikan perkahwinannya itu sedang bermasalah.
Saya dengan Zain okey. Tidaklah bahagia 100 peratus. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Cuma, soal dikatakan naik mahkamah syariah ia tak betul. Saya memang terkejut. Maklumat ini tak betul. Sama ada mereka salah mahkamah atau tersilap artis. Memang saya akan naik mahkamah, tapi bukan mahkamah syariah sebaliknya mahkamah tinggi membabitkan kes perniagaan.
Terdahulu, sebuah portal mendedahkan rumah tangga seorang pelakon wanita cantik sedang bergolak sehingga sudah mengupah peguam untuk menguruskan hal perceraian. Namun, pasangan itu yang dikatakan sering bercuti ke luar negara sudah dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi disebabkan faktor anak.
Malah, sifat penyayang suami terhadap anak-anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu mendapat pujian peminat. Gambaran yang diberikan membuatkan ramai yang mengandaikan pasangan terbabit adalah Che Ta dan Zain.

upsss
December 6, 2018 at 4:51 pm
che ta menafikan hurmm….tapi dari sumber2 yg boleh dipercayai..mmg che ta dah failkan kes.. che ta nk buat secara tetutup..
Akak sebok cari bahan
December 6, 2018 at 4:34 pm
Sudahhh…ape kes??
boboy
December 6, 2018 at 1:37 pm
Masalahnya apahal gambar 1st tu Zain nampak lagi comel dr che ta???
Anonymous
December 6, 2018 at 3:35 pm
masalahnya perbezaan jurang usia
45 tahun
December 6, 2018 at 3:39 pm
Hahaha….. Kannnn!!!
Villarie
December 6, 2018 at 11:56 am
Isunya kalau bkn Che Ta sape ye? Hanya Che Ta yg ada anak dgn suami pertama n selalu gi oversi ank beranak,puas fikir…apapun hrp bkn Che Ta lhkn, tgk dia bahagia je…
Carilh artis janda yg ada ank dn dh kahwin gi jln2 oversi,mesti artis yg berwang….
faraj
December 6, 2018 at 11:24 am
yg saya Heran Zaman ni ader lagi Biawak Hidup.(Bini Tanggung)…baik ko jadi Mat Rempit dari jadi Biawak..!!!