December 6th, 2018

Baru-baru ini status rumah tangga Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadi tanda-tanya apabila ada dakwaan mengatakan beliau telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah tetapi ditarik semula.

Turut terkejut dengan khabar angin tersebut, Che Ta bagaimanapun menafikan perkahwinannya itu sedang bermasalah.

Saya dengan Zain okey. Tidaklah bahagia 100 peratus. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Cuma, soal dikatakan naik mahkamah syariah ia tak betul. Saya memang terkejut. Maklumat ini tak betul. Sama ada mereka salah mahkamah atau tersilap artis. Memang saya akan naik mahkamah, tapi bukan mahkamah syariah sebaliknya mahkamah tinggi membabitkan kes perniagaan.

Terdahulu, sebuah portal mendedahkan rumah tangga seorang pelakon wanita cantik sedang bergolak sehingga sudah mengupah peguam untuk menguruskan hal perceraian. Namun, pasangan itu yang dikatakan sering bercuti ke luar negara sudah dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi disebabkan faktor anak.

Malah, sifat penyayang suami terhadap anak-anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu mendapat pujian peminat. Gambaran yang diberikan membuatkan ramai yang mengandaikan pasangan terbabit adalah Che Ta dan Zain.

Sumber Berita : Harian Metro


27 responses to “Che Ta Nafi Ke Mahkamah Syariah Failkan Cerai”

  1. joyah pok pek says:

    Gaduh sal Zain nak anak laki tapi hang x nak ke che ta..cian Zain bagilah dia anak laki sowg

  2. Anonymous says:

    Dh failkan lps tu tarik blek…xkn laaa org mahkamah x reti bc nme y tertera kat borang tu….aku klu sumber dr mahkamah mmg aku percaya…xpe laa che ta…hang pn dh tarik blek kes tu…xde ape nk di nafikan…jwb je laa…doakan semoga rumah tgga sy baik2….cukup…ni x nk ckp org tu slh artis laa slh mahkamah laa…ape laaa bengap sgt smpai slh mahkamah…kah kah kah…

  3. Boboy says:

    Klu betullaaa..tu la org kt bahagia tu jgn nk menunjuk sngt…mulut tu lak jgn lantang sngt beebunyi…jg je dr sndr

  4. Che tak says:

    Zain mcm nepal dh aku tngok kikiki che ta cari dato kaya la sampai tua senang dari duk bela anak ikan nih..jadi bini muda dato k ke ok la

Loading...