January 30th, 2020

Setelah tunggu dengan penuh sabar selama dua tahun, Rozita Che Wan tidak dapat menahan perasaannya lagi dan mengamuk apabila kontraktor yang diupah didakwa gagal untuk menyiapkan projek pengubahsuaian rumah banglo miliknya.

che ta mengamuk rumah tak siap

Bukan sahaja rumah yang tidak siap tetapi kontraktor tersebut juga sudah lari menghilangkan diri.

Menerusi akaun Instagram, Che Ta ada memuat naik video menunjukkan projek pengubahsuaian kediamannya itu yang belum siap.

che ta mengamuk

Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.

Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main.

che ta kontraktor rumah

Menurut Che Ta, dia sudah membelanjakan wang jutaan ringgit untuk projek rumah tersebut dan mengambil kontraktor berkenaan atas saranan rakannya sendiri. Bila dia cuba menghubungi kontraktor terbabit, pelbagai alasan pula yang diberikan dan langsung tidak bertanggungjawab.

Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi.

che ta

Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala. Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan.

Bukan hendak memalukan bangsa sendiri, tetapi hakikatnya memang ada yang buat kerja sambil lewa dan mengambil kesempatan. Apa-apa pun, harap Che Ta tabah dengan ujian ini. Mungkin hari ini rugi tetapi siapa tahu lepas ini akan ada rezeki berlipat kali ganda buatnya. Bersabarlah..

Sumber Berita : BH ONLINE


7 responses to “Che Ta Mengamuk Kontraktor Rumah Lari, Kerugian RM 1 Juta”

  1. Anonymous says:

    baik nyatakan terang2 nama kontraktor tu. xde la org lain teraniaya. I pon nak nak reno bungalow jgk nie..ingat nak ambik kontrator bumi. konon nak tolong bangsa sendiri. tapi jd takit plak. pls reveal the comp che Ta.

  2. Anonymous says:

    ko tu menyombong ngan org sgt..belagak diva..tu Kifarahnya..babi2 kan org x payah pakai tudungla che ta oiiii..

  3. Anonymous says:

    senasib le kita..niat nak tolong bangsa sendiri tapi diaorang buat taik pulk..

  4. Anonymous says:

    Peringatan sesiapa yang nak berurusan dengan mana2 kontraktor yang tidak terikat dengan mana2 syarikat, pastikan membuat kontrak dan menyatakan detail dan maklumat peribadi dua pihak (as insurance). Make sure payment dibayar beransur-ansur mengikut progress kerja. KONTRAKTOR yg tidak terikat dgn mana2 company, cenderung melakukan penipuan (tidak kira melayu, cina atau India). Sila cadang jika ada penambahan.

    Saja nak tunjuk pandai XD. But Hell Yeah, you should take safety approach.

  5. Anonymous says:

    Kontraktor melayu biasa laa…y dia tau berkokok kat media sosial ckp kerajaan tindas diorg…keje cam sampah mmg xde laa org nk amik ko…bgs lg cina..bukan nk rasis tp hakikat..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...