Che Ta Mampu Raih RM 200,000 Sebulan Melalui Perniagaan

Che Ta Mampu Raih RM 200,000 Sebulan Melalui Perniagaan

Rozita Che Wan atau Che Ta sememangnya satu nama yang cukup popular di kalangan peminat industri hiburan Malaysia. Dia juga sering dilihat bercuti ke luar negara dan memberi hadiah mewah kepada anak-anaknya.

Baru-baru ini misalnya, dia mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak sulungnya Ammar Effendy dengan serba mewah dan menghadiahkan jam tangan bernilai sekurang-kurangnya belasan ribu ringgit buat Ammar.

Advertisement

Oleh sebab itu, ramai mempersoalkan cara hidupnya yang serba mewah itu memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia dilihat jarang muncul dengan drama atau telefilem baru. Menurut Che Ta kepada mStar Online, dia sedar perkara itu diperkatakan oleh orang ramai.

Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama.

Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula.

Dia berkata begitu pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang Khamis lepas.

Che Ta juga adalah duta kepada 11 produk lain, antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah jenama perabot yang bakal diumumkan.


 photo 12081171_159544117723313_1172381459_n.jpg

Che Ta berkata dia masih memerima pelbagai tawaran lakonan namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama. Dia bersikap selektif dan hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.


 photo 12063261_895525093830669_1935901835_n.jpg

Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.

Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil.

Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan.

Sejujurnya kami tidak kisah Che Ta berbelanja mewah untuk anaknya kerana dia bersusah payah untuk meningkatkan pendapatannya. Jika kami mewah sepertinya mungkin kami juga akan melakukan perkara yang sama untuk anak kami.

Iyalah, bukan dia berbelanja menggunakan duit kami pun. Yang penting, kami suka melihat gambar-gambar majlis anjuran Che Ta dan gayanya bersama suami dan anak-anak terutamanya baby super cute Aaisyah Dhia Rana.

So keep them coming, Che Ta.

Jom saksikan Bangsawan 'Anak Raja Anak Papa' pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...