February 6th, 2018

Memakai niqab hanya ketika beliau mengerjakan ibadah umrah di Mekah, pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang mempersoalkan niat sebenar beliau.

Tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan niqab ataupun hanya mengikut trend semasa, Che Ta menjelaskan beliau tidak mahu ada rakyat Malaysia yang mengenali beliau sebagai selebriti dan mengganggu beliau ketika beribadah.

Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun. Sebenarnya, ada sebab saya berniqab di sana. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka.

Pada masa yang sama, Che Ta nafi berlagak sombong dan mengelakkan diri untuk bergambar dengan peminatnya di Mekah.

Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta. Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar.

Betulkan kami kalau kami salah tetapi rasanya pemakaian niqab dan purdah bukanlah satu perkara yang wajib. Harapnya penjelasan Che Ta ini akan membuatkan orang ramai tidak lagi mengkritik dan mempersoalkan tindakannya itu.

Sumber Berita : mStar Online


34 responses to “Che Ta Jawab Kritikan Kenapa Beliau Berniqab Hanya Di Mekah”

  1. benci orang hipokrit says:

    Sebenarnya, aku rasa dia pakai niqab ni nak acah2 mcm orang arab, ikut trend kat sana. Pakai niqab, pastu eye liner tebal seinci dgn bulu mata palsu & of cos contact lense, serius terpengaruh dengan org arab. Tapi orang arab memang dah mata diaorg cantik.

    Dia takyah nak propa la, kalau dah jalan berkepit dengan Zain Saidin of cos la orang tau tu kau. Macam aku cakap la, dia berniqab untuk purpose dia ambil gambar je. Macam biasa, dengan spek besar dia, dengan bag chanel dia yang beraneka warna, jubah stylo. Kadang2 aku tak faham apa sebenarnya niat dia buat macam tu.

    Kalau ada yg tak senang dengan komen aku ni aku mintak maaf. Tapi sekali lagi, kita ke tanah suci untuk beribadat. Tapi kalau semedang je post gambat ootd, posing sana sini, confirm la masyarakat akan salah faham. Betoi dak che ta?

  2. melati says:

    Maaf kan lah Che Ta , sebab kt Malaysia dia boleh solek lagi Muka dia, tapi kt sana dia tak boleh Solek, sebab tu dia Berniqab kat Mekah MOTIF.: Che Ta sendiri pun ngeri tgk muka dia tanpa Solekan, tu yg dia Bernijab kat Mekah…hmmmmm

  3. Anonymous says:

    kat mekah pun nak riak pakai niqab sbb taknak orang tau..
    gi sana nak buat ibadah ke sekadar nak bergambar show off post ig nak likers?

  4. Anonymous says:

    dia ni mmg jenis kekwat banyak. kt malaysia pun kalau peminat nak amik gmbr, dia lari ckp bz semua.

  5. Che Tie says:

    Laaahai…kalo dah berjalan sebelah si Zain Saidin yang tak berniqab tu…tak kan orang tak perasan
    Adoiiii….

Loading...