Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Che Ta Jawab Kritikan Kenapa Beliau Berniqab Hanya Di Mekah

Memakai niqab hanya ketika beliau mengerjakan ibadah umrah di Mekah, pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang mempersoalkan niat sebenar beliau.

Advertisement

Tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan niqab ataupun hanya mengikut trend semasa, Che Ta menjelaskan beliau tidak mahu ada rakyat Malaysia yang mengenali beliau sebagai selebriti dan mengganggu beliau ketika beribadah.

Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun. Sebenarnya, ada sebab saya berniqab di sana. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka.

Pada masa yang sama, Che Ta nafi berlagak sombong dan mengelakkan diri untuk bergambar dengan peminatnya di Mekah.

Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta. Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar.

Betulkan kami kalau kami salah tetapi rasanya pemakaian niqab dan purdah bukanlah satu perkara yang wajib. Harapnya penjelasan Che Ta ini akan membuatkan orang ramai tidak lagi mengkritik dan mempersoalkan tindakannya itu.

Advertisement

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 Comments

  1. Rekifijd

    April 14, 2018 at 11:35 am

    4% chance to win the division (like BP, FG has them tied for last with the A’s).
    Molitor was not the target of too much frustration when it came to things like pitching changes and sending runners, but an analytical mind could help him improve even more.
    The Chicago White Sox have turned a corner with the change of the calendar and are the most active they?€?ve been all offseason.

    Yet, the new coaching staff saw something special in Peppers.
    The Capitals need to do the same to beat him in Game 6.

  2. Rose

    February 11, 2018 at 11:52 pm

    Lebih bagus kalau berniqab tu tutup kening skali.. Tambah kening tu kening lukis.. Nak pakai niqab pakaila elok2..takyah tabarujj… Tp tula pompoan ni.. Nak perhatian… Tp bestla diorg dpt jejak mekah tiap2 taon.. Moga satu hari ndnt tbukak ati berniqab yg betul2…aminn

  3. miss_oppppssssss

    February 8, 2018 at 11:52 am

    Suruhlah laki ko berniqab sekali!!!!!

  4. Sumandak

    February 7, 2018 at 2:41 pm

    Adei..ni la org Kita.. dah dpt peluang pegi mekah, ibadat la elok2. Sibuk mo ambik gambar ngan Artis buat apa? Patut Masa tu hati Dan jiwa hanya untuk DIA.. tinggalkan dunia kejap.. boleh lagi bcakap buruk pasal org..label sombong la.. Kan kurang pahala tu..

  5. #taksukakecam

    February 7, 2018 at 2:08 pm

    sy pernah terserempak dgn che ta. dye baik sgt. dye layan n berbual dgn sy yg tibe2 tegur dye dulu then salam.time tu xselpi sbb xbwk hp.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top