Menjawab segala kritikan berkenaan, Che Ta meminta orang ramai untuk mengetahui saiz sebenar mereka sebelum membuat pilihan. Ini kerana setiap orang mempunyai bentuk badan berbeza dan akan tampak tidak cantik sekiranya salah memilih saiz.
Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.
Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah. Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena.
Jelas Che Ta, beliau mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan koleksi pakaian berkenaan dan beliau juga menggunakan kain yang tinggi kualitinya agar selesa dipakai oleh orang ramai.
Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.
Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya. Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk.
Dah dengar kan penjelasan Che Ta? Itulah, jangan terlalu menyimpan harapan yang tinggi bila anda pakai baju Che Ta anda akan jadi seperti beliau. Kadang-kadang dalam menghentam artis kena fikir logiknya juga.