Tanggal 23 Februari lepas, pelakon Zain Saidin telah menyambut hari jadinya yang ke 33. Tentu sekali isterinya Rozita Che Wan mengadakan majlis yang agak eksklusif buat suami tercinta.
Menurut Zain, Che Ta ada memberikan beliau hadiah tetapi dalam bentuk wang ringgit. Namun, Zain sebenarnya tidak mengharapkan isterinya itu melimpahkan kemewahan terhadap dirinya sebaliknya beliau berdoa agar rumah tangga yang dibina dapat kekal sehingga ke jannah.
Che Ta hanya memberikan saya duit supaya saya dapat beli apa saja hadiah diinginkan. Begitupun, saya belum memutuskan apa yang harus dibeli.
Apabila sudah dewasa, hadiah material bukan lagi keutamaan. Lebih baik duit itu saya simpan untuk kegunaan masa hadapan. Saya dapat juga gunakan untuk membayar pelbagai bil, termasuk cukai. Pada zaman sekarang, lebih baiklah duit yang kita ada dijadikan wang tabungan. Saya, umpamanya, kena fikir masa hadapan diri dan keluarga.
Tambah Zain, beliau kini lebih mementingkan dan memikirkan hal berkaitan keluarganya berbanding diri sendiri. Pendek kata, beliau kini lebih matang dalam setiap perkara.
Saya harus menjadi lelaki lebih matang dan mengutamakan keluarga. Kini, saya sendiri lebih tenang ketika melakukan sesuatu perkara, begitu juga dalam membuat keputusan.
Bertuah Che Ta dapat seorang suami yang tidak mahu isterinya melimpahkan dirinya dengan kemewahan meskipun umum mengetahui Che Ta lebih daripada mampu untuk berbuat demikian. Kata orang, keluarga dan kebahagiaan rumah tangga nilainya lebih berharga daripada wang ringgit.