Majlis hari jadi Aaisyah diadakan dengan cukup meriah sekali di Whita Palace, Kuala Lumpur dengan tema Enchanted Garden.
Bersempena dengan itu, Che Ta dan suaminya telah menghadiahkan Aaisya rantai leher yang bertatahkan berlian.
Walaubagaimanapun, aktres serta ahli perniagaan itu enggan memberi tahu harga rantai leher tersebut kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.
Untuk ulang tahun kelahiran Aaisyah yang pertama, saya dan Zain hanya menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian kepadanya.
Ini bukan kali pertama Che Ta memberikan anaknya barangan mewah, sebelum ini anak sulungnya Ammar Effendy pernah menerima sebuah BMW 6 Series serta jam tangan bernilai puluhan ribu ringgit.