Selebriti terkenal Malaysia, Rozita Che Wan bersama puterinya, Aaisyah kini kembali tular di media sosial apabila video mereka di sebuah kedai alat solek berjenama itu berjaya menarik perhatian orang ramai.
Video yang dimuat naik di TikTok itu telah menerima tontonan melebihi sejuta penonton dan 50K likes. Dalam video berkenaan, terlihat Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta tidak mahu anak perempuannya itu membeli produk-produk yang tidak diperlukan meskipun dirinya mampu untuk membelinya.
Bagus Che Ta ni, sungguh dia tak pernah cuit anak dia, tapi dia tegas juga dengan anaknya. Dia ajar anak dia apa yang perlu dan apa yang tidak.
Che Ta ni bagi semua apa anak dia nak tapi masih dalam kawalan dia. Kira dia tahu mana penting. Didik anak cara belanja.
@rozitachewan1 #cheta #rcw #rozitachewan #aaisyahdhiarana #fyp #makeup ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
Berikut merupakan antara reaksi warganet terhadap Che Ta yang tidak takut untuk mengawal perbelanjaan anak perempuannya itu. Ramai yang memuji sikap artis ini yang bijak dalam mendidik anak supaya tidak membazir dan hanya membeli apa yang perlu sahaja.
Meskipun ramai tahu Aaisyah ini sering terlihat dimanjakan oleh ibunya dengan barang-barang berjenama, disebalik itu ternyata Che Ta masih berjaya untuk mendidik anak kecilnya itu supaya rendah diri dan tidak boros.
Sebelum ini, Aaisyah sempat menerima kecaman dari para netizen yang tidak setuju dengan penampilan dirinya yang seperti orang dewasa namun hal tersebut ditepis oleh ibunya yang mahukan anaknya itu menikmati zaman kanak-kanaknya.