March 19th, 2019

Fesyen yang digayakan oleh pelakon Rozita Che Wan sering kali menjadi buah mulut ramai. Terbaru, penampilan beliau ketika hadir ke majlis ulang tahun pertama Siti Aafiyah dikritik netizen.

Mereka mempersoalkan mengapa pula Che Ta harus memakai cermin mata hitam yang saiznya agak besar dalam sebuah majlis yang diadakan di dalam hotel, bukannya kawasa terbuka. Ada pula yang mengatakan, adakah beliau sengaja ingin meraih publsiti murahan?

Tidak hanya berdiam diri, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan beliau terpaksa memakai cermin mata hitam kerana sakit mata.

Sebenarnya, sudah beberapa hari saya sakit mata. Namun, disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Siti selain menghormati jemputan, saya penuhi juga. Saya memang berbesar hati hendak memeriahkan majlis.

Cuma, sebelum pergi, saya memikirkan bagaimana mahu memenuhi jemputan dengan mata yang sakit. Hinggalah teman baik saya menyarankan memakai cermin mata gelap. Saya tahu, mungkin ada yang rasa janggal saya bergaya begitu. Tidak mengapa, apa yang penting, Allah tahu niat saya.

Cuba kalau ada artis lain melaram dengan memakai cermin mata gelap di acara anugerah pada sebelah malam,  ada tak yang cakap itu dan ini?.

Biasalah, sebagai selebriti memanglah apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian ramai dan menerima pelbagai kritikan. Bersabarlah je lah Che Ta.

Sumber Berita : BH ONLINE


44 responses to “Che Ta Dikritik Terlalu ‘Over’ Pakai Cermin Mata Hitam Besar Di Majlis Hari Jadi Siti Aafiyah”

  1. Noname says:

    Too big…cm zaman 60 an..
    Lebih krg nelofa gak..
    Kena lain dari yg lain..

  2. kak maghia says:

    rasa cam jangkitan kuman bulu mata pelesu kot…

  3. Anonymous says:

    Lady Gaga Msia tersesat ke tu… lol

  4. unknown says:

    dok je lah rumah.. senang kan.. nak jugak over dr org lain.. hello event tu utk anak hg bukan hg.. over d body betoi!!

  5. Anonymous says:

    aku dah kata dia ni sembang babi je…berapa hari lepas kata nak berubah ke gaya muslimah..ni muslimah pebendanya..spek ala2 lady gaga plak.. capati sunggoh…

Loading...