Che Ta Dedah Banglo Baru Miliknya Bernilai RM 5 Juta

Hiburan

Che Ta Dedah Banglo Baru Miliknya Bernilai RM 5 Juta

Baru-baru ini, Rozita Che Wan menarik perhatian ramai ketika memuat naik foto dirinya berlatarbelakangkan sebuah banglo mewah miliknya yang baru sahaja dibeli.

Advertisement

Ramai yang kagum dengan beliau dan tidak kurang juga mereka yang mengkritik beliau terlalu ingin menunjuk. Timbul juga teka-teki mengenai harga banglo tersebut dan ada yang mengatakan banglo berkenaan yang terletak di sebuah kelab golf di Kota Damansara itu bernilai lebih daripada RM 3 juta.

Malah, Che Ta menerusi akhbar Kosmo mengakui banglo mewah miliknya itu bernilai RM 5 juta. Che Ta meminta agar orang ramai tidak lagi mempertikaikan pengakuan beliau mengenai harga rumah tersebut.

Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja.

Menurut Che Ta, banglo berkenaan adalah hasil titik peluhnya dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun ini.  Banglo itu juga masih dalam proses ubah suai dan menelan belanja sebanyak RM 1 juta.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...