June 1st, 2018

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma daripada rakyat bagi mengukuhkan lagi kewangan kerajaan dan sedikit sebanyak membantu kerajaan untuk menangani hutang negara yang telah mencecah RM1 trilion.

Demi masa depan negara tercinta, Che Ta dan ahli keluarganya sepakat untuk mengumpul wang untuk memberikan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Sumbangan yang dibuat saya dan keluarga adalah tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani hutang negara. Ia bukanlah paksaan tetapi bayangkan jika seorang mendermakan RM10 pasti jumlahnya (kalau tidak semua) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban hutang ditanggung kerajaan. Kita pegang begini sahajalah, satu kita bagi Allah akan gantikan berganda kebaikan yang lain.

Dalam pada itu, Che Ta sempat berkongsi beliau sebenarnya pernah digam dan menghadapi pelbagai dugaan sejak tiga tahun lalu oleh kerajaan terdahulu gara-gara memuat naik foto dan ucapan hari jadi yang ditujukan buat Tun M.

Sebelum ini saya pernah dipulaukan oleh agensi kerajaan hanya kerana saya memuat naik gambar dan ucapan hari jadi kepada Dr. Mahathir di Instagram. Sejak tiga tahun lalu ramai tidak tahu yang saya digam selain terpaksa melalui pelbagai pengalaman pahit setiap kali terpaksa berurusan dengan agensi kerajaan.

Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Sumber Berita : mStar Online


62 responses to “Che Ta Dan Keluarga Kumpul Wang Untuk Derma Ke Tabung Harapan Malaysia”

  1. siti ratni haji remali says:

    I remember dua tiga tahun lalu che ta pernah berbalah dengan lembaga hasil tentang pembayaran income tax dia..che tak post apa pun tp media ada “tercium” tentang perkara ni tp cukup mnggambarkan tentang kesukaran itu. astagafirullah. berkat sabar che ta berbaloi. Semoga che ta dan sekeluarga dkurniakan rezeko melimpah ruah.

  2. che na says:

    ala..lps je pun teh tarik dia tu, dasar pengampu, org lain jelas2 mnghentam bn sblm pru, cth sheila , fatia..yg awak tu los beend tumbang baru trhegeh..x ikhlas lgsung, skadar nak dpt job..pui

    • Anonymous says:

      dia bodek si saat -saat ini, minta jadi Duta ke, minta diberi pangkat ke..sbb mengipas-lipas.

      “DERMA BUKAN UTK TONTONAN

Loading...