Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memberi nasihat kepada golongan wanita agar tidak meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap orang ketiga sekiranya suami mereka berlaku curang.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta berkata dalam situasi sebegitu, golongan lelaki yang seharusnya dipersalahkan dan bukanlah kaum wanita.
Ini pendapat saya, bila lelaki curang orang perempuan suka salahkan jantina sendiri. Jangan.
Orang lelaki pun cari pasal sebenarnya sebab perangai teruk tapi perempuan pula jadi mangsa.
Kata Che Ta, kaum hawa perlu mempunyai limitasi sekiranya ingin melempiaskan kemarahannya seperti menyebarkan hal yang tidak sepatutnya.
Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki.
Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.
Sesetengah orang suka, suami dia biasa sahaja tapi salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan lelaki itu.
@rozitachewan1 Byk sgt drama2 jantan curang lately ni , terpanggil plk kita nk bg komen .. padahal laki dia yg mcm jemuan , dia nk masih lg nk simpan , tp pompuan yg laki dia dok gila yg dia nk p serbu 😬 dlm kes ni laki kau yg patutnya kena benam😬 . #setcekangjelita #serumjeragat #cheta #rcw #rozitachewan ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon itu dengan mengatakan rumah tangga seseorang itu tidak akan diganggu sekiranya suami mereka tidak melayan wanita lain.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.