Che Ta Berkolaberasi Bersama Minaz Untuk Koleksi Minaz Blooming Raya 2017 #MinazXcheta

Trending

Che Ta Berkolaberasi Bersama Minaz Untuk Koleksi Minaz Blooming Raya 2017 #MinazXcheta

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah menlancarkan koleksi pakaian bersama jenama fashion Minaz baru baru ini. Fashion show ini menampilkan koleksi Minaz Blooming Raya 2017 dan Che Ta sebagai duta rasmi mereka.

Advertisement

Minaz menampilkan konsep ibu dan anak beraya dengan pakaian sedondon. Sudah semestinya anak Che Ta iaitu Asisyah Dhia Rana juga tampil bergaya dengan rekaan baju yang sangat menarik. Bukan sekadar imej dan populariti juga dipertaruhkan untuk koleksi raya ini tapi rekaan yang diberi nafas baru juga diturut disertakan.

Rekaan dengan 5 corok yang terbaru hasil dari experimentasi oleh Minaz sendiri juga memberikan pilihan kepada pembeli. Koleksi Premium Printed Minaz ini didatangkan dengan 5 corak yang terbaru iaitu Rosey, Iznik, Iris, Muscary dan Carnation Series.

Sebagai pelengkap koleksi hari raya, Minaz juga memperkenalkan Koleksi Luxe Edition yang lebih ekstravaganza dan menarik yang memberikan gaya exclusive untuk si pemakai. Minaz juga turut membawakan warna warna yang up to date dalam industri fashion terkini. Tidak cukup dengan itu, Minaz juga membawakan fabrik terbaru serta design yang mempamerkan trend fashion yang terbaru di Malaysia.

Harga yang ditawarkan oleh Minaz sanagat berpatutan dengan kualiti serta rekaan yang dihasilkan. Harga untuk Koleksi Dewasa bermula RM239 sehingga RM529 (Minaz Luxe) dan Koleksi Kanak Kanak pula bermula dari RM159 sehingga RM229 (Minaz Luxe).

Buat masa ini, Koleksi Premium ini hanya boleh didapatkan di 3 cawangan utama Minaz di Shah Alam, Bangi dan Kuantan serta Outlet Minaz yang berada di Modvier Bangsar, Gondola.31 Ipoh, Malvita Kedah, Truly Signature Melaka dan Vendville Johor Bharu.

Pada bulan Ramadhan ini juga, Minaz akan mengatakan “MINAZ TOUR” bersama Che Ta dan Aaisyah Dhia Rana bermula di Bangi dan beberapa negeri lain yang akan dimaklumkan kemudia melalui Instagram @Minaz.my.

Minaz juga akan berada di Terengganu untuk TIMOR FEST selama 3 hari serta Che Ta juga akan berada di Terengganu pada hari Kemuncak program itu.

Pihak Minaz juga membuat promosi semperna hari raya dan pembeli akan berpeluang memenangi duit raya bernilai RM10,000 serta hadiah lumayan yang lain kahs untuk pelanggan Minaz. Minaz juga akan memberikan hadiah sampingan bernilai RM5,000 kepada pelanggan yang bertuah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...