Sebelum ini, berita mengenai selebriti, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil sebagai Che Ta masih belum membayar hutang MARA hingga mengakibatkan rumah dan asetnya tersenarai untuk disita telah menarik perhatian ramai.
View this post on Instagram
Terbaru, aktres itu memaklumkan dirinya sudah pun membayar hutang berkenaan tetapi masih ramai yang mengecamnya dan hal itu telah menguriskan hati anak perempuan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Melalui laporan mStar, pelakon terbabit telah pun melangsaikan hutang MARA hampir RM1 juta itu dan dia pun sudah memberitahu anaknya bahawa kini sudah tidak terikat dengan hutang lagi.
Dalam pada masa yang sama, Che Ta turut berkongsikan tangkap layar mesej anak bongsunya sudah pandai berasa risau untuk ibunya susulan teruk dikecam warganet.
Kerisauan seorang anak. Besar dah Aaisyah, pandai dah risau pasal emak dia.